"Permukaan Padang Tak Sama Dengan Padang Kami" Jurulatih JDT

"Permukaan Padang Tak Sama Dengan Padang Kami" Jurulatih JDT. Pelbagai reaksi diterima selepas pasukan JDT hanya mampu seri sahaja dengan pasukan bergelut seperti selangor di tempat lawan. Turut memberi komen adalah jurulatih JDT, Hector bidoglio yang mendakwa permukaan padang antara punca mereka sekadar seri dengan musuh mereka itu.


"Permukaan Padang Tak Sama Dengan Padang Kami" Jurulatih JDT


"Permukaan Padang Tak Sama Dengan Padang Kami" Jurulatih JDT

"Hari ini (malam tadi) kita tidak dapat keputusan diingini kerana kedua-dua pasukan juga beraksi baik dan begitu agresif.


"Kami tidak dapat bermain dengan corak pantas disebabkan permukaan padang yang tidak sama seperti kebiasaan kami bermain, dan kami lihat ia sukar untuk kami," katanya selepas aksi itu.


"Kami tahu ia akan jadi aksi yang sukar, dan sebelum datang ke sini kami sudah menjangkakannya. Ia menunjukkan beberapa perkara perlu ditingkatkan dan kami percaya kepada kemampuan pemain dengan 100 peratus dengan pemain.


"Ia bukan pertemuan yang mudah dan saya anggap ia keputusan yang adil buat kedua-dua pasukan dan akan fokus untuk pertemuan berikutnya," katanya.



Previous Post Next Post