Hati-Hati Dengan Pasukan Ini - Hassan Sazali

Hati-Hati Dengan Pasukan Ini - Hassan Sazali. Menjelang pertemuan pertama peringka tkumpulan E kelayakkan piala asia bawah 20 tahun petang ini, Jurulatih Hassan sazali tidak mahu mendabik dada dengan menganggap cabaran mongolia sebagai satu cabaran mudah. Dia juga mahu pemainnya berwaspada dengan kebangkitan mongolia yang bermain di tempat sendiri. 


Hati-Hati Dengan Pasukan Ini - Hassan Sazali


Hati-Hati Dengan Pasukan Ini - Hassan Sazali

"Bagi perlawanan bertemu Mongolia amat penting untuk mencari tiga mata penuh, bagi memudahkan pasukan ke perlawanan berikutnya bagi melayakkan pasukan ke pusingan akhir kelak.


"Tetapi kita harus berhati-hati dengan pasukan ini kerana mereka juga mempunyai misi yang sama seperti kita, di mana mereka mempunyai kelebihan dari segi bermain di tempat sendiri," katanya ketika dihubungi Arena Metro dari sini.

"Saya harap pemain-pemain dapat mengadaptasi dengan keadaan cuaca di paras tinggi di sini dengan cepat serta kesesuaian padang di sini.


"Alhamdulillah keadaan cuacanya tidak terlalu sejuk seperti yang dijangkakan, sekitar 16 darjah celsius sekarang," katanya.

Previous Post Next Post