Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Drama baru Sekali Lagi Cinta Kembali ini dibintangi oleh pelakon terkenal yang masih baru iaitu Ani Suhair dan juga Siti Khadijah. Drama menarik ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan mula ditayangkan pada 13 september yang lalu.  


Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali


Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Macam mana dengan sinopsis Sekali Lagi Cinta Kembali? Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Aira. Dia ni mempunyai kehidupan yang sungguh pelik. Dia sanggup lari dari rumah apabila Imran kawin dengan adiknya, Hana. Bagi aira lelaki itu virus.

Disebabkan kebenciannya kepada lelaki, dia telah memisahkan zafran dan Amberlyn selepas dia menggantikan dr halina dalam satu sesi terapi kekeluargaan. Habis dr Halina diugut dan kemudian aira terpaksa memperbetulkan lagi keadaan tersebut.

Daripada pembantu Doktor Halina, Aira bekerja sebagai babysitter Syafi anak kepada zafran dan amberlyn. Dia cuba satukan semula keluarga Zafran.

Bagi Hayyat yang merupakan abang kepada zafran, matlamat aira itu hanya sia-sia. bukan itu saja, hayyat juga menganggap Aira ni perempuan sewl dan tiga suku. Nak dijadikan cerita, kisah silam hayyat terbongkar kepada aira, maka aira bertambah benci dengan Hayyat dan dia mula menjauhkan diri.

Aira pula terpaksa membuat pilihan di antara zafran dan hayyat. Siapakah yang dippilih oleh aira itu? 

Info Drama

sekali cinta kembali ini mempunyai 28 episod dan mula ditayangkan pada 13 september 2022 dan bersiaran pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam. Ia merupakan karya arahan riza baharudin tau.

Watak Pelakon dalam drama ini adalah seperti berikut; 

  • Siti Khadijah Halim sebagai Aira
  • Aniq Suhair sebagai Hayyat
  • Zaki Azeman sebagai Zafran
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Aida
  • Kismah Johar sebagai Neksom
  • Syamim Farid sebagai Heliza
  • Nina KSC sebagai Tasha
  • Shatirah Amanda sebagai Hana
  • Ellyas Abdullah sebagai Imran
  • Siti Hariesa sebagai Amirah
  • Kuza sebagai Rozita
  • Raja Azmi sebagai Badariah
  • Izzendra sebagai Amberlyn

Kalau korang dah tengok episod pertama, bolehlah komen dekat bawah ini ya! Selamat menonton!

Previous Post Next Post