Hafizal Ahmad Terima Ugutan dari Peminat Lee Zii Jia. Sejak semalam, ramai tertanya-tanya siapakah pengulas sukan yang kena ugut itu. Rupanya indivdu terbabit adalah Hafizal Ahmad yang merupakan pengulas sukan bagi Astro ARENA.Ugutan diterima susulan pengulas tersebut mengkritik prestasi pemain badminton negara, Lee Zii Jia yang semakin merudum.
Hafizal Ahmad Terima Ugutan dari Peminat Lee Zii Jia
Ugutan tersebut di tulis di laman instagramnya pada 27 ogos 2022. Perkara tersebut menyebabkan abang hafizal bimbang keselamatan dirinya dan keluarga, maka dia terus membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan menerima laporan tersebut.
“Pengadu telah membuat laporan polis pada 31 Ogos 2022 kerana mesej berkenaan mendatangkan kegusaran kepada pengadu sekeluarga.
“Hasil siasatan awal pihak polis, pengadu ada menyentuh berkenaan kemerosotan pemain badminton negara Lee Zii Jia semasa mengulas dalam rancangan ‘Nindia Pak Long’,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ujarnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Post a Comment