Corbin Ong Mahu jaringkan gol lagi

Corbin Ong Mahu jaringkan gol lagi. Penjaring gol Malaysia ketika menentang Thailand baru-baru ini corbin ong berkata dia masih mahu menjaringkan gol walaupun bermain di posisi pertahanan kiri pasukan negara.


Corbin Ong Mahu jaringkan gol lagi


Corbin Ong Mahu jaringkan gol lagi


"Saya suka membantu dengan menjaringkan gol dan secara peribadi, tanggungjawab utama adalah untuk memberi sesuatu (kemenangan) kepada pasukan.



"Itu adalah situasi bola mati yang kami selalu lakukan dalam latihan dengan Safawi (Rasid) sama ada ketika di kelab (Johor Darul Ta'zim) mahupun dalam skuad negara di mana dia mengambilnya, dan kami berjaya terjemahkannya dalam perlawanan.


"Walaupun kelab dan negara agak berbeza, tapi bila datang untuk skuad negara, saya akan mengikut arahan jurulatih dari segi taktik, dan bila ke kelab ikut pula taktik diterapkan.


"Sebagai sebagai pemain bola sepak adalah menjadi tugas saya membuat keputusan, selain mengikut arahan jurulatih, dan akhirnya dapat meledak gol," katanya selepas aksi itu.


"Saya gembira apabila dapat menjaringkan gol pertama tetapi ia semua adalah kerjasama berpasukan," katanya.

Previous Post Next Post