Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia

Sebuah drama baru, takdir cinta dhia ini merupakan drama lakonan Dato’ Aaron Aziz, Datin Elvina Mohamad dan Shah Jaszle. Drama ini akan ditayangkan di astro prima mulai 12 september.

Watak pelakon dalam drama ini adalah Elvina Mohamad sebagai Dhia Zahra dan Dato' Aaron Aziz sebagai Fayyad. Selain itu, Shahz Jaszle sebagai Huzair dan Nada Nur Syuhada sebagai Natasha serta pelakon Nazrief Nazri sebagai Fikri. 

Selain itu, kita juga ada Khalida Balqis sebagai Nadia, Faez Nick sebagai Nick, Hanis Husna sebagai Dr Intan, Danial Dashuki dan Azhar Amir.

Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia


Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia

takdir cinta dhia ini mengisahkan tentang Dhia. Dia merupakan anak yang ingin dijodohkan bapanya dengan anak encik amran yang bernama Huzair.  

Ketika dalam perjalanan untuk berjumpa kali pertama, bapanya dan encik amran meninggal dunia dalam sebuah kemalangan. Dhia tidak sempat jumpa huzair lalu dibawa pulang ke rumah abang iparnya. Fayyad yang ingin mengambil hak penjagaan Dhia.  

Fayyad ini bukanlah orang baik. dia ketua kupulan samseng dan sangat dibencik oleh keluarga dhia. sebenarnya adik fayyad yang bernama tasha berkahwin dengan fikri iaitu abang sulu dhia. Tasha pula tak suka dengan dhia dan mempunyai perasaan iri hati dengan dhia. Tasha juga sejak kematian bapa mertuanya itu kerap membuli dhia sehingga hidup dhia menjadi sukar.

Huzair pula pulang dari Eropah hanya untuk berdepan dengan berita tragik tentang bapanya. Dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan mencari gadis yang ditunangkan dengannya. Pencariannya dikesan oleh Tasha yang terus berkomplot untuk mengahwinkan adiknya, Nadia kepada Huzair. Keadaan bertambah rumit apabila Fayyad sendiri telah jatuh cinta pada Dhia. 

Takdir menemukan Dhia, Fayyad dan Huzair namun hanya dua antara mereka yang bakal bahagia dan layak menemukan cinta.

Cerita Takdir Cinta Dhia ini mempunyai 40 episod dan mula ditayangkan pada 12 september yang lalu. kalau korang terlepas boleh tonton di astro ya. selamat menonton.


Previous Post Next Post