Selangor 2 Kalah Lagi

 Selangor 2 Kalah Lagi dan kali ini menjadi mangsa kepada pasukan Kuching City yang dibimbing oleh jurulatih Irfan Bakti. Sebelum ini pasukan selangor 2 kalah kepada 0-4 kepada Kelantan United dan sebelum itu mereka tewas 0-2 kepada Terengganu 2.


Selangor 2 Kalah Lagi


Dengan kekalahan semalam, kita menyaksikan pasukan bimbingan Rusdi Suparman itu kekal di tangga ke 8 liga perdana dari 10 pasukan. 

Kuching City berjaya bermain baik di tempat sendiri apabila mereka menyumbat gol pertama perlawanan menerusi Rames lai pada minit ke 25 perlawanan. 

Perlawanan juga berakhir dengan 1-0 sahaja. Persoalan mula timbul, adakah skuad selangor 2 juga mempunyai masalah yang sama dengan pasukan abang mereka? Adakah Ubi selangor mempunyai masalah ataupun taktikal jurulatih yang tidak sesuai dengan pemain?

Kita tak mampu nak jawab, hanya pengurusan sahaja yang tahu masalah dalaman mereka. Jadi kita harap pasukan selangor 2 akan terus bangkit dengan baki perlawanan yang ada sahaja.

Previous Post Next Post