ISU GAJI Pemain Sarawak United

ISU GAJI Pemain Sarawak United  Semalam telah dilaporkan di media mengenai masalah tunggakan gaji para pemain pasukan Sarawak United yang telah memasuki 4 bulan sehinggakan ada pemain yang di halau dari rumah kerana tidak mampu bayar sewa.


ISU GAJI Pemain Sarawak United


ISU GAJI Pemain Sarawak United 


Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan menerima laporan tersebut dan menerusi satu kenyataan media, PFAM mengakui sudah mengeluarkan dua notis kepada Sarawak United.


"Pada 14 Jun yang lepas, pihak PFAM mula mengeluarkan notis kepada Sarawak United FC untuk tuntutan tunggakan kepada pemain yang melakukan aduan. Notis susulan turut diberikan kepada Sarawak United FC pada 8 Julai yang lepas.


"Walaupun sudah menerima respons balas daripada pihak kelab untuk melunaskan tunggakan gaji, namun sehingga kini, tunggakan masih belum dijelaskan sepenuhnya.

"Lebih mendukacitakan, pada bulan Jun yang lepas, para pemain terpaksa berhadapan dengan situasi menerima notis untuk mengosongkan tempat penginapan mereka kerana bayaran sewa tidak dilunaskan oleh pihak kelab.

"Pihak pengurusan kelab sewajarnya memberikan fokus sepenuhnya dalam menjalankan tanggungjawab mereka bagi mengelakkan hukuman yang berat dikenakan terhadap pasukan.

"PFAM memandang serius tentang isu tunggakan gaji pemain dan akan membawa perkara ini ke peringkat NDRC dalam masa yang terdekat," kata kenyataan itu.

Previous Post Next Post