Operasi LRT dilanjutkan Final Piala FA 2022

Operasi LRT dilanjutkan Final Piala FA 2022. Pasti isu yang selalu diviralkan ketika ada perlawanan bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah isu waktu operasi LRT. Ini kerana majoriti penonton menggunakan perkhidmatan tersebut untuk ke stadium.


Operasi LRT dilanjutkan Final Piala FA 2022


Operasi LRT dilanjutkan Final Piala FA 2022

Bagi yang nak menonton perlawanan final piala fa nanti, jangan risau, Pihak Rapid telah mengeluarkan kenyataan yang mana mereka menambah waktu operasi LRT sehingga jam 1 pagi..

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Rail Sdn Bhd, Amir Hamdan berkata tren tambahan akan disediakan selepas tamat perlawanan .


"Operasi di Stesen LRT Bukit Jalil dan akan dilanjutkan sehingga 1 pagi dengan tren tambahan disediakan bagi keselesaan penumpang sejurus selepas tamat perlawanan antara TFC dan JDT.


"Penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LRT Laluan Kelana Jaya dengan mendapatkan tren di stesen pertukaran Masjid Jamek dan Putra Heights. Bagi yang ingin pulang dan meneruskan perjalanan ke Laluan MRT, mereka boleh mendapatkan tren di Stesen Plaza Rakyat.


"Kami galakkan penyokong JDT meletakkan kenderaan di Park & Ride di stesen LRT Putra Heights (452 lot parkir) manakala penyokong TFC disarankan meletakkan kenderaan di Park & Ride di Stesen LRT Gombak (1,260 lot parkir) bagi memudahkan pergerakan ke Stadium Nasional Bukit Jalil.


"Sila gunakan Touch 'n Go yang sama untuk membayar parkir dan menaiki LRT bagi mendapatkan harga 'flat rate' berjumlah RM4 untuk bayaran parkir. Rapid Rail akan menyediakan ruang solat tambahan di Stesen LRT Bukit Jalil bagi memudahkan penyokong bersolat.


"Kami akan sediakan kakitangan tambahan bagi melicinkan operasi pada hari terbabit. Kami menyeru semua penyokong dapat menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di pusat bandar khususnya di sekitar Bukit Jalil.


"Saya juga harapkan penyokong-penyokong dapat lakukan urusan tambah nilai lebih awal bagi memudahkan urusan tanpa perlu membuatnya di kaunter yang disediakan di stesen," katanya.

Previous Post Next Post