Aaron Chia -Wooi Yik ke Final BWF World Championship

Aaron Chia -Wooi Yik ke Final BWF World Championship. Hasrat rakyat Malaysia melihat beregu lelaki negara ke pentas final berjaya juga akhirnya. Aaron Chia dan Wooi yik berjaya menumpaskan pasangan dari India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 20-22, 21-18, 21-16.

Aaron Chia -Wooi Yik ke Final BWF World Championship


Aaron Chia -Wooi Yik ke Final BWF World Championship

Ia juga merupakan penamat badi semi final yang dipegang oleh beregu negara kita selepas mereka selalu terkandas di pentas semi final dalam kejohanan-kejohanan sebelum ini.

Perlawanan semi final ini berlangsung selama 1 jam 17 minit itu. untuk final esok, Aaron-Wooi Yik akan berdepan pilihan ketiga dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan

Aaron berkata;

"Saya fikir pada set ketiga, ada sedikit gementar tetapi kami tetap memberi tumpuan dari satu mata ke satu mata dan sentiasa memberikan sokongan antara satu sama lain.

"Bagi saya, ini adalah kekuatan yang membolehkan kami meraih kemenangan hari ini," kata Aaron.

Wooi yik juga berkata;


"Perlawanan yang berbeza daripada sebelum ini. Namun ini adalah separuh akhir dan kami perlu memecahkan badi di separuh akhir (sebelum ini).


"Untuk hari ini, kami berjaya memberikan tumpuan pada diri kami dan tentunya saya gembira," katanya.


Previous Post Next Post