Benzema Pemain Terbaik UEFA

 Benzema Pemain Terbaik UEFA. Selepas sesi pengundian semalam,, UEFA turut mengumumkan pemain terbaik tahunan mereka iaitu Karim Benzema. Dia yang memenangi Liga juara-juara dan juga UEFA Supercup 2022 baru-baru ini sudah dijangka akan memenangi panugerah tersebut.

Benzema Pemain Terbaik UEFA


Benzema Pemain Terbaik UEFA

Pemain itu juga telah menjaringkan 15 gol dalam kejohanan tersebut pada musim lepas. Benzema menerima anugerah berkenaan mengatasi rakan sepasukan, Thibaut Courtois dan pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne serta menggantikan bintang Chelsea, Jorginho yang menang tahun lalu.

Pemain berusia 34 tahun itu meledak hatrik ketika berdepan Paris Saint-Germain dan Chelsea pada peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dan menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan timbal balik separuh akhir berdepan Manchester City.

Carlo Ancelotti pula dinobatkan sebagai jurulatih terbaik bersama Real Madrid yang menjuarai kejuaraan kelab eropah itu.

Previous Post Next Post