Nurul Izzah Anwar Ibrahim Kahwin Kali Kedua

Viral Gambar Nurul Izzah Anwar Ibrahim Kahwin Kali Kedua. Hari ini  merupakan hari bahagian buat  Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh,selepas dia selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong, semalam.

Nurul Izzah Anwar Ibrahim Kahwin Kali Kedua

Nurul Izzah Anwar Ibrahim Kahwin Kali Kedua

Selepas 7 tahun menjadi ibu tunggal, Izzah yang membuat pengumuman di laman facebook mereka berbunyi ;


"Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami sudah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir." (QS. Ar-Rum: 21)



"Kami memohon doa kalian semua - agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT," ungkap pasangan itu dalam kenyataan terbabit.



Nurul Izzah yang juga anak sulung kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, tetapi berakhir dengan perceraian pada 2015.


Dikatakan Shao Loong pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif badan pemikir PKR, Institut Rakyat, yang diketuai oleh Nurul Izzah.


Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik Pejabat Menteri Besar Selangor ketika pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Previous Post Next Post