SEBELUM PERGI MAHA 2022, INI KORANG KENA TAHU ! Ramai yang tak sabar nak pergi ke Malaysian Agriculture, Horticulture and Agro Tourism Exhibition yang sedang berlangsung di Maeps Serdang kan. Tapi aku ada baca yang ada beberapa perkara yang korang kena take note sebelum ke sana.
Jom baca
SEBELUM PERGI MAHA 2022, INI KORANG KENA TAHU !
MAHA 2022, MASUK PERCUMA JE🥳
Syurga makanan dan one-stop-center untuk pelbagai barangan tempatan. MAHA 2022 ibarat taman tema!!!😎😎
MAHA, bila ja yang tak meriah? Dah nama pun ekspo pertanian terbesar di Malaysia, segala mak nenek, pak ngah, makcik, kaklong pun ada! Haiwan, pokok, flora, fauna, makanan, pokok rare, perhiasan, keladi viral.. semua pun ada lah!
Jangan terlepas melawat Pavilion negeri-negeri. Pakej macam pusing satu Malaysia, boleh beli barangan ikonik setiap negeri di sana. Pavillionnya pun cantik-cantik belaka, boleh bergambar sakan!
Nak ke MAHA 2022 ni, kena ada persiapan mental dan fizikal. Mudah rambang mata dan tempatnya besar yang amat.
Selain tu, tips yang mungkin berguna:
1. Pakai kasut yang selesa untuk berjalan jauh
2. Parking RM5 (TouchNGo)
3. Wheelchair dan stroller friendly cuma ada tempat sesak sikit la
4. E-wallet diterima, jadi tak perlu bawa cash berkepuk
5. Kalau tak larat jalan, tram/shuttle ada disediakan
6. Tak berlapar punya, sample makanan banyak..(makan free!😋)
7. Banyak spot bergambar menarik, sediakan beg touch-up anda
8. Kalau sesat, refer gambar last ni
MAHA 2022, MAEPS Serdang
📆4 - 14 Ogos 2022
🕐 10.00 pagi - 10.00 malam
Sebenarnya, Admin ada lagi di sini. Dah 5 jam pun tak habis pusing lagi, masih di sini. Mungkin sambung esok?
Banyak sangat benda yang menarik, memang berbaloi. Masuk cuma bayar RM5 untuk parking kereta, motor percuma.
Layan gambar sampai habis ya....
Sumber : Tourism Malaysia.
Post a Comment