Forestieri Waspada Ancaman Penang

Forestieri Waspada Ancaman Penang. Pemain JDT, Fernando Forestieri mengaggap perlawanan malam ini bukan perlawanan mudah. Ia kerana macam-macam boleh berlaku dan penang boleh bangkit bila-bila masa sahaja  


Forestieri Waspada Ancaman Penang


Forestieri Waspada Ancaman Penang


"Selepas menang besar 5-0 ke atas Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi Liga Super, ia menambah lagi motivasi kepada kami untuk meneruskan rentak kemenangan.

"Kehadiran jurulatih baharu, Hector Bidoglio di dalam skuad JDT beri lebih keyakinan buat kami.

"Aksi seterusnya pasti mencabar buat saya dan rakan sepasukan apabila melayani kunjungan Penang FC pada aksi separuh akhir Piala FA.

"Hanya selangkah lagi untuk ke pentas final namun kami harus berwaspada dengan ancaman pasukan lawan.

"Saingan Piala FA berbeza dengan liga, ia aksi kalah mati dan rentak permainan juga akan lebih agresif kerana kami mahu kemenangan.

"Pasukan lawan juga mahu mengintai peluang menempah slot ke final, jadi ia perlawanan 50-50," kata Forestieri.

"Saya difahamkan kali terakhir JDT muncul juara Piala FA ialah pada musim 2016 dan ini peluang terbaik untuk diri saya membantu JDT melangkah ke final buat kali keempat," katanya.


Previous Post Next Post