Rider Makanan Mogok, Ini Puncanya

Rider Makanan Mogok. Hari ini dijangka akan menghadapi masalah penghantar makanan seleama satu hari selepas para rider membuat mogok kerana mereka tidak setuju dengan majikan mereka.


Rider Makanan Mogok




Punca Rider Makanan Mogok


Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) Zulhelmi Mansor mengesahkan rancangan itu yang menunjukkan solidariti rider terhadap isu berbangkit yang masih tiada penyelesaian.


"Ia termasuk isu kadar upah yang tidak tetap dan dimanipulasi syarikat serta isu tambang yang tidak setimpal dengan aplikasi yang menekan penghantar p-hailing.


"Mungkin dengan cara ini (mogok) ia boleh memberi tekanan kepada syarikat penyedia perkhidmatan," katanya, hari ini.


"Apa yang kami mahukan daripada tindakan ini adalah supaya syarikat penyedia perkhidmatan tidak memandang mudah dan peka dengan kebajikan penghantar.


"Selain itu, kita juga mahu kerajaan ambil tindakan terhadap masalah ini. Saya yakin kerajaan tahu tetapi hingga kini tiada penyelesaian," katanya yang berharap pengguna memahami tindakan diambil golongan itu.


Previous Post Next Post