Wanita Maut ketika terima rawatan tradisional

Wanita Maut ketika terima rawatan tradisional. Dilapporkan dalam harian metro, seorang wanita dilaporkan mati di pandan perdana ketika menerima rawatan tradisional di sana.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita pada 6.35 petang memaklumkan anak perempuan berusia 41 tahun meninggal dunia.


Wanita Maut ketika terima rawatan tradisional




"Mangsa ditemui dalam keadaan berbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian.


"Siasatan di tempat kejadian masih lagi berjalan dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


"Suspek akan ditahan reman pada hari ini di Mahkamah Ampang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2022/07/865823/maut-ketika-terima-rawatan-tradisional

--

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa, kita serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan untuk mencari punca kematian mangsa.


Previous Post Next Post