Lima maut kemalangan di Banjaran Titiwangsa

Lima maut kemalangan di Banjaran Titiwangsa.  kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda (4WD) dalam kejadian yang dilaporkan berlaku berhampiran Banjaran Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik, di sini, hari ini.


Lima maut kemalangan di Banjaran Titiwangsa



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, nahas itu membabitkan tujuh mangsa dengan dua daripadanya hanya mengalami cedera ringan.


"Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian melakukan kerja menyelamat mangsa menggunakan peralatan khas dengan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jeli, Kelantan untuk rawatan lanjut.


"Mangsa yang maut pula diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Dalam perkembangan sama, katanya, mangsa yang maut dalam insiden itu berusia antara lima hingga 59 tahun.


Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan berkata, lima mangsa yang disahkan maut di tempat kejadian adalah mereka yang menaiki Perodua Alza.

sumber : harian metro

--


salam takziah buat semua mangsa kemalangan tersebut..

Previous Post Next Post