Kisah Jasad Penghina Nabi Berpaling Muka Dari Kiblat Ketika dikebumikan.

MENAKUTKAN! Kisah Jasad Penghina Nabi Berpaling Muka Dari Kiblat Ketika dikebumika pernah diceritakan oleh al qadi iyadh al maliki pada satu ketika dahulu dalam kitabnya al syifa bi takrif huquq al mustafa. Dalam kitab tersebut diceritakan bagaimana seorang penghina Nabi di hukum bunuh oleh hakim di zaman berkenaan.


Kisah Jasad Penghina Nabi Berpaling Muka Dari Kiblat Ketika dikebumikan.


Kisah Jasad Penghina Nabi Berpaling Muka 


Al-Qadi Iyadh al-Maliki menceritakan kisah dalam kitabnya al-Syifa bi Takrif Huquq al-Mustafa mengenai seorang penyair dihukum bunuh oleh hakim kerana menghina dan mempersendakan Allah SWT, Nabi dan Nabi Muhammad SAW. 

Ketika jenazahnya diangkat selepas hukuman bunuh dilaksanakan, jasadnya berpaling dari arah kiblat dengan sendirinya lalu disahut laungan takbir orang menyaksikan hal itu sebagai tanda nyata mengenai kekuasaan dan laknat Allah SWT terhadap mereka menghina Baginda.


Ulama berijmak bahawa orang Islam merendahkan dan menghina Nabi SAW wajib dijatuhkan hukum bunuh seperti dinukilkan al-Qadi Iyadh. Ia juga disokong Abu Bakr Ibnu al-Munzir dengan menyandarkan kalam itu kepada Malik Ibnu Anas, Laith Ibnu Sa'ad dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal.


Selanjutnya, ulama juga bersepakat mereka mendoakan Nabi dengan perkara buruk dan apa-apa yang tidak baik, dia harus dijatuhi hukum bunuh oleh mahkamah tanpa diminta untuk bertaubat. Perkara ini membuktikan penghinaan terhadap Nabi bukanlah perkara kecil, sebaliknya dipandang amat serius oleh ulama.


Bagaimanapun, hukuman itu tidak boleh dilaksanakan tanpa peruntukan undang-undang supaya ia tidak mendatangkan fitnah dan mencetuskan huru-hara dalam masyarakat.

Sumber dipetik dari : Bharian.

--

Justeru, di zaman yang serba moden ini pun masih ada yang berani menghina Nabi Muhammad SAW dan mempersendakan agama mereka sendiri. Jadi sebagai ibu bapa, kita kena didik anak-anak kita dengan sebaik mungkin agar mereka tidak terjerumus ke dalam penghinaan Nabi di masa akan datang.


Previous Post Next Post