JDT Menang, Haters sedih ..

JDT Menang, Haters sedih .. Semalam, pasukan JDT sekali lagi membuktikan mereka adalah pasukan hebat apabila berjaya memenangi perlawanan suku akhir piala malaysia menentang melaka united.

JDT Menang, Haters sedih ..




JDT Menang, Haters sedih ..

Pasukan tuan rumah tersentak apabila JDT membuka akaun jaringan seawal minit keempat apabila gerakan hazwan bakri berjaya membolosi kubu tuan rumah.


Selepas itu, tiada jaringan dihasilkan oleh pasukan pelawat namun aksi menyerang pasukan JDT memang tak boleh disangkal lagi. Cumanya ketumpulan bahagian serangan menyebabkan mereka gagal berpesta gol di melaka.

Namun begitu, pasukan Melaka juga harus diberi pujian apabila mereka bertahan dengan baik dan berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke 84. Menerusi jaringan sony norde.

Ia merupakan jaringan penalti selepas sony norde dijatuhkan oleh leandro dalam kotak penalti. Dia berjaya mengambil sepakan tersebut dengan mudah.

Tatkala para penyokong melaka sudah bersedia untuk ke masa tambahan. Begitu juga dengan haters yang sudah bersedia menyerang JDT.

Bergson tampil sebagai hero pasukan apabila menanduk masuk gol kemenangan JDT pada waktu kecederaan.

Dengan gol berkenaan, JDT layak ke semi final piala fa 2022.


Previous Post Next Post