Aidil Mahu Pemain Kekal Rentak Kemenangan

Pada 9 mac 2022 yang lalu, pasukan Kedah berjaya mengalahkan KL City di Stadium darul aman tapi lain pula rekod tempat lawan kedah menentang KL City. Kedah masih belum menang di tempat lawan sejak 8 perlawanan terakhir mereka dengan KL City. Satu keputusan yang menggusarkan sebenarnya. Jadi ini peluang kedah untuk kembali memenangi perlawanan di gelanggang KL City.


Aidil Mahu Pemain Kekal Rentak Kemenangan


Aidil Mahu Pemain Kekal Rentak Kemenangan

Ketua jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berharap dan memohon agar pemainya tidak menghentikan rentak kemenangan pasukan seperti apa yang mereka tunjukkan sebelum ini. 

"Memang kami tahu cabaran yang sukar apabila berdepan KL City, oleh itu saya mahu setiap pemain mengekalkan rentak kemenangan yang baru diperolehi di Darul Aman minggu lalu.


"Namun dalam perlawanan ini, siapa yang melakukan kesilapan pasti akan 'gigit jari' dan saya mahu Kedah cuba mengelak dari melakukan kesilapan mudah yang boleh merugikan peluang dalam usaha memburu mata penuh malam esok.



"Pemain perlu pastikan mereka tidak leka selepas mendapat suntikan kemenangan lalu bagi mengelak keciciran mata dan memastikan kedudukan di tangga keempat ini tidak pintas oleh tiga pasukan di bawah termasuk KL City," katanya.


"Pemain harus kekal fokus dalam misi memburu tiga mata kali ini dengan memastikan setiap peluang yang hadir dapat dimanfaatkan sepenuhnya," katanya.



Previous Post Next Post