Terkejut! 1.2 Juta Rakyat China Tidak Keluar Dari Malaysia!

Terkejut! 1.2 Juta Rakyat China Tidak Keluar Dari Malaysia! Berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan imigresen Malaysia, seramai 1.2 juta rakyat china dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba di negara ini. Dalam tempoh berkenaan seramai  7,177,043 orang telah masuk ke Malaysia tetapi hanya 5,954,765 individu rakyat china yang keluar dari Malaysia.

Dari jumlah ini baki seramai 1,222,278 masih berada di Malaysia.

Terkejut! 1.2 Juta Rakyat China Tidak Keluar Dari Malaysia!


Terkejut! 1.2 Juta Rakyat China Tidak Keluar Dari Malaysia!

"Berdasarkan rekod JIM, ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh 2018 hingga 2021 seramai 7,177,043 orang.

"Sementara, pelepasan warga China yang keluar dari negara pada 2018 hingga 2021 adalah seramai 5,954,765 orang," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Bagi rekod warga china yang berkahwin dengan lelaki warga Malaysia dalam tempoh tersebut adalah seramai 2960 orang.

"Seksyen 27 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) menyatakan, perkahwinan bagi tiap-tiap orang yang bermastautin secara biasanya di Malaysia bagi setiap individu yang bermastautin di luar negara adalah seorang warganegara atau berdomisil di Malaysia selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah didaftarkan menurut akta ini," katanya.

--

Kita sebagai rakyat Malaysia memang risau jika mereka yang tidak keluar dari negara kita ini akan melakukan perkara yang buruk. Sebagai contoh mereka menjadi scammer dan menggangu rakyat kita.

Jadi, harapan kita adalah agar pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya bagi mencari baki 1.2 juta yang masih tinggal di Malaysia ini.


Previous Post Next Post