Puteri Sarah Ucap Tahniah Kepada Mohd Syamsul Dan Team Mat Kilau

Puteri Sarah Ucap Tahniah Kepada Mohd Syamsul Dan Team Mat Kilau. Dalam laporan yang kami terima. Pelakon yang juga isteri kepada pengarah tersohor ini Puteri Sarah telah memberi ucapan tahniah kepada suaminya, Syamsul Yusof atas kejayaan mencatat kutipan 90 juta untuk filem mat kilau.

Puteri Sarah Ucap Tahniah Kepada Mohd Syamsul Dan Team Mat Kilau




Puteri Sarah Ucap Tahniah Kepada Mohd Syamsul Dan Team Mat Kilau


Dia berkata ; "Saya nak ucapkan tahniah kepada Mohd Syamsul dan juga pasukan Mat Kilau kerana saya tahu macam mana proses mereka 'shooting' (penggambaran) dulu.

"Kalau nak ikutkan, saya baru mengandungkan Sumayyah (anak kedua) ketika itu. Jadi, saya ada pergi ke lokasi penggambaran beri sokongan. Saya tahu proses yang dilalui mereka ketika penggambaran termasuk masalah di lokasi dan proses suntingan pun dibuat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.


"Berbanyak tahniah kepada semua pelakon, pasukan dan kru yang paling penat sekali. Dan juga kepada pengarah. Alhamdulillah, syukur rezeki dapat RM90 juta sebab ramai yang berdoa. Kepada penerbit iaitu Studio Kembara, tahniah!" katanya.

Filem mat kilau menjadi viral dan mendapat perhatian orang ramai yang terdiri dari rakyat Malaysia sejak hari pertama ia di tayangkan. Kini jumlah kutipannya telah mencecah lebih rm 90 juta dan dinobatkan sebagai karya filem melayu terbaik yang pernah ditayangkan di pawagam.



Previous Post Next Post