"

" Saya Tak Menyesal " Dion Cools. Sejak malam istimewa yang berlaku apabila Malaysia layak ke Piala Asia 2023, nama Dion Cools menjadi sebutan ramai.

Pemain yang dilahirkan di Sarawak ini ditanya sama ada dia menyesal menyertai Malaysia sedangkan sekarang ini Skuad Belgium berada di tangga kedua FIFA. 

" Saya Tak Menyesal " Dion Cools


Cools yang kini berusia 26 tahun dan sebelum ini pernah menyarung jersi skuad bawah 18, 19 dan 21 tahun Belgium dari 2014-2019.

" Saya Tak Menyesal " Dion Cools

Dia berkata,


"Saya tidak menyesal apabila pilih untuk mewakili Malaysia dan saya sanggup mati untuk negara," katanya pada sidang media selepas aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil.


"Untuk menjaringkan gol pertama sungguh mengujakan dan sepatutnya mungkin boleh jaringkan gol lebih hari ini (malam tadi). Setiap pemain yang bermain untuk negara perasaannya berbeza, di mana seluruh negara berada di belakang walaupun di kelab juga ada (penyokong).


"Ini kenangan paling terindah dan saya akan ingatinya sampai bila-bila, ia kenangan terindah dan saya gembira dengan prestasi sekarang dan berharap dapat jaringkan lagi gol," katanya yang turut dijulang sebagai pemain terbaik perlawanan.


Untuk rekod, sepanjang bermain untuk skuad remaja Belgium, dia sudah meledak enam gol daripada 28 penampilan buat skuad B-18, 19 dan 21 negara Eropah itu.


Previous Post Next Post