" Saya hanyalah jurulatih kecil " Kim Pan Gon

" Saya hanyalah jurulatih kecil " Kim Pan Gon. Sejak semalam sehingga ke hari ini, ramai rakyat Malaysia memuji kehebatan jurulatih Malaysia selepas berjaya membawa pasukan bola sepak negara ke Piala Asia 2023 nanti.

Namun, Kim Pan gon mengambil langkah untuk merendah diri apabila dia menganggap dirinya hanya jurulatih kecil sahaja.

" Saya hanyalah jurulatih kecil " Kim Pan Gon


" Saya hanyalah jurulatih kecil " Kim Pan Gon

Bercakap pada sidang media selepas perlawanan, Kim berkata;


 "Saya hanyalah jurulatih kecil, saya datang ke sini meminta semua pihak membantu dan juga mendapat sokongan khas daripada pasukan-pasukan Liga Super. Dengan FAM saya banyak permintaan, saya tahu ia agak sukar buat mereka tapi beliau (presiden) cuba sedaya upaya untuk memenuhinya.


"Seperti kem latihan, kami banyak menambah baik dari segi infrastruktur, kami dapat yang terbaik. Saya tidak melakukan apa-apa, semua yang terbabit melakukan tugasan mereka dengan baik," kata jurulatih berusia 53 tahun dari Korea Selatan 


"Saya dapat lihat ramai pemain berpotensi yang bagus, ini yang dilakukan oleh bola sepak Malaysia, bukan saya," katanya.

--

Bagus coach, kami memang respek dengan cara anda dan budaya baru yang dibawa ke Malaysia. terima kasih coach, kita jumpa lagi nanti dalam tugasan antarabangsa seterusnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post