Sinopsis Drama Risik Pada Hati

Sinopsis Drama Risik Pada Hati ini bermula dengan kisah sepasang suami dan isteri yang hidup bahagia namun dikejutkan dengan satu permintaan dari si isteri.

Drama ini dilakonkan oleh Alif Satar dan Ummi Nazeera dan akan ditayangkan di slot Akasia tau. Rasanya dia akan ganti drama bisik bisik gelora.


Sinopsis Drama Risik Pada Hati


Sinopsis Drama Risik Pada Hati

Drama adaptasi novel ini mengisahkan tentang Hayfa dan Adam. Hayfa meminta adam untuk berkahwin lain dan dia rela bermadu.

Adam sangat terkejut dan bingung kenapa permintaan pelik Hayfa tersebut ditujukan kepadanya. Sedangkan dirinya begitu bahagia dengan cinta Hayfa.

Adam kata, kenapa hayfa nak uji cinta yang dia dah berikan. tapi hayfa kata dia bukan menguji sebaliknya dia nak tambah kesempurnaan cinta mereka

Aisya pula gadis yang diminta untuk berkahwin dengan Adam. Tapi dia dengan pantas bersetuju untuk bermadu dengan Hayfa.

Makin lama, hubungan hayfa dan adam makin tidak elok. Kebahagian mereka makin berkurang. adakah kerana cinta hayfa semakin berkurang atau adam yang sudah lebih bahagia dengan isteri barunya?

Mampukah mereka bahagia bertiga atau akan ada yang terkorban nanti?

Info drama

Bagi korang yang baca sinopsis drama risik pada hati ini, aku nak bagitahu yang drama ini akan mengambil slot akasia tau.

Setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam. Drama ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diadaptasi dari novel karya Hanni Ramsul.

Antara pelakon yang terlibat adalah Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya, Shiqin Kamal, Ifa Raziah, Trisha Ooi, Izzue Islam dan Shazia Rozaini.

Selamat menonton!


Previous Post Next Post