JDT akan Main di Jepun Untuk Round 16 ACL 2022

 JDT akan Main di Jepun Untuk Round 16 ACL 2022. Sebentar tadi, pihak AFC telah mengumumkan yang mana mereka telah memilih Jepun sebagai tuan rumah untuk pusingan 16 ACL 2022.

JDT akan Main di Jepun Untuk Round 16 ACL 2022


JDT akan Main di Jepun Untuk Round 16 ACL 2022


Sebelum ini terdapat ura-ura yang mana, Malaysia mampu menjadi tuan rumah bagi pusingan ini dengan JDT mempunyai pengalaman menguruskan sukan tersebut sebelum ini.

Untuk rekod, JDT merupakan tuan rumah bagi kumpulan E yang terdiri daripada Ulsan Hyundai, Kawasaki frontale dan juga Guangzhou evergrande.

Jdt berjaya layak ke pusingan seterusnya apabila mereka menjadi juara kumpulan tersebut.

Dengan pengumuman ini, kita akan menyaksikan JDT akan terbang ke Jepun bagi bertemu dengan lawan mereka, Urawa Reds.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, AFC berkata.

"Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengesahkan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) sebagai tuan rumah Persatuan Ahli untuk Pusingan 16 Pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC 2022™, Suku Akhir dan Separuh Akhir perlawanan berpusat di rantau Timur. "

Tarikh : 18 dan 19 Ogos 2022

Kita harap JDT dapat memberikan persembahan terbaik mereka di sana nanti. 


Previous Post Next Post