"

Bisik Bisik Gelora Episod 31. Jad mengamuk bila kereta dia kena calar dengan si akif, terus dia mengamuk dan nak pukul Akif. tapi nasib baik, arumi selamatkan. Jad terus layan arumi sebagai orang gaji. Arumi kena sediakan makanan dan tunggu macam pencacai dia. Sedih tau tengok arumi tapi arumi steady jer macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Akif ada masalah jantung dan perlu pembedahan segera. Tapi Jad masih tak tahu yang Akif sakit. Arumi tak tahu nak ceritakan atau tidak dengan Jad. Keputusan perlu dibuat segera. 

Nek Muya datang tengok akif. Jad mula geram sebab dia ingat arumi yang mengadu dengan nenek muya tapi sebenarnya Nek Muya yang rind dengan akif.

Dalam rumah tu, tiba-tiba akif terlanggar jad dan phone dia jatuh. Jad mengamuk sampai dia lupa dalam rumah tu ada Nek Muya dengan Kak Ati.

Kak ati kemain mengamuk dengan Jad bila dia nampak Jad tengking akif depan mata dia sendiri. Jad tak boleh buat apa sebab dia terlepas cakap.  Apa lagi kak ati tu basuhlah si jad tu sampai kering dia dibuatnya. hahaha

Kemudian, kak ati bagi tahu jad yang akif tu sama sangat perangai dia dengan Jad. Cara dia makan karipap dan cara tidur tu sama sangat. Jad mula rasa bersalah dan dia nak cuba menerima akif sebagai zuriat dia.

Tiba-tiba dia terdengar arumi berdoa mengenai kesihatan akif. Jad terkejut sangat tau.

Drama Bisik Bisik Gelora Episod 31




Drama Bisik Bisik Gelora Episod 31

Cerita ini mengisahkan kehidupan Bani Arumi yang sangat nakal dan lincah. Bapanya Tuan Akalil telah menghantar dia ke kampung agar Arumi menjadi lebih sopan dan baik.

Di kampung, Arumi telah berjumpa dengan seorang pemuda yang bernama Jad Izzuddin. Dia ni alim kalau depan keluarga dia, tapi nakal kemain bila dia dengan orang lain.

Pertemuan jad dan arumi telah membawa kepada jinjang perkahwinan.

Tonton drama bisik bisik gelora episod 31



Namun satu trajedi berlaku yang menyaksikan ibu dan ayah arumi maut dalamkemalangan pada hari perkahwinannya.

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!

Arumi menyalahkan Jad atas apa yang berlaku. Pada hari yang sama juga, Jad ditangkap polis dan dipenjarakan.

nak tahu apa kesudahan cerita ni?

korang kenalah tonton sampai habis drama ni tau. Selamat menonton!


Previous Post Next Post