Sinopsis Drama Ash dan Aish

Slot Mega drama akan ditayangkan Drama Ash dan Aish tidak lama lagi, jadi jom baca sinopsis drama menarik ini.

Sinopsis Drama Ash dan Aish ini menceritakan tentang perkahwinan seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa rasa cinta tetapi hanya kerana rasa simpati antara mereka. Drama ini turut dibintangi pelakon Meerqeen dan juga Siti Khadijah Halim tau. 


Sinopsis Drama Ash dan Aish


Sinopsis Drama Ash dan Aish

Ash dan aish bertemu secara tidak sengaja dan mereka berkahwin atas dasar kasihan dan simpati. Dan pada masa yang sama nak selamatkan aish. ash adalah ashrafi manakala aish pula adalah aishah.

maka mereka berkahwin dan mereka tidak duduk satu bilik yang sama. Aisha sangat bersyukur kerana berkahwin dengan ashrafi. Bagi dia, dia dapat menumpang kasih dan hidup berkeluarga. Dia bahagia menjadi isteri walaupun tidak ada cinta antara mereka.

Ashrafi ditimpa kemalangan namun yang mengejutkan ashrafi yang satu lagi datang menemani aisha. makin terkejut aisha selepas ni.

Siapakah ashrafi yang lagi satu ?

Info drama Ash dan aish..

ash adan aish ini akan mengambil slot megadrama astro ria yang ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam.

Drama ini diarahkan oleh Helmi Yusof dan skripnya ditulis oleh Nieza Nahar. Antara pelakon yang terlibat adalah Meerqeen Sebagai Ashrafi , Siti Khadijah pula sebagai Aisha, Idzham Ismail, Nada Nur Syuhada dan Adiba Yunus.

Selamat menonton.



Previous Post Next Post