Peminat Gegar Vaganza kena tengok telefilem bintang GV dikejar zombie yang mengisahkan tentang artis kegemaran mereka dikejar zombei tau.
Dibintangi pelakon hebat seperti Yassin, Suki Low dan juga Abang Bandi yang merupakan salah seorang bintang gv8 pasti menjadikan jalan cerita ini menarik.
Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie
Cerita ini mengisahkan tentang Yassin, Suki dan bandi yang merupakan artis yang dijemput membuat persembahan di sebuah kampung.
Persembahan ini sempena hari raya. Tapi lain pula jadinya bila mereka di serang oleh makhluk bernama zombie!
Serius seram weh! apa jadi dekat mereka bertiga nanti? dapatkah mereka membuat persembahan atau mereka akan menjadi mangsa zomba tu?
Kalau nak tahu, kenalah tonton sampai habis.
Info telefilem
Bintang Gv dikejar zombie ini akan ditayangkan pada hari sabtu ini 14 mei 2022 pada jam 9 malam. Ia diarahkan oleh Jamal Khan untuk Zeel Production.
Telefilem ini akan ditayangkan di Astro Citra tau.
Antara pelakon yang terlibat adalah Yassin Yahya, Suki Low, Bandi Amuk, Abang Gee, Nina Smith, Mosen Nadzli, Marc syahmie dan Iman Aneesa
selamat menonton!