Telefilem Kad Raya Dalam Kolong

Telefilem menarik, Kad Raya Dalam Kolong mengisahkan tentang perjalanan hidup yang kelam seorang jejaka mula menghantuinya ketika dia pulang ke tempat asalnya. Dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Ungku Ismail Aziz, Nik adam mika dan juga Elaine Daly berjaya memberikan kelainan dalam cerita yang diarahkan oleh Khir Rahman ini.


Telefilem Kad Raya Dalam Kolong


Sinopsis Kad Raya Dalam Kolong

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang berhijrah keluar dari kampungnya. Setelah 25 tahum, dia balik kembali ke tempat itu. 

Kali ini dia balik dengan isterinya yang tengah mengandung. Namun, dia terpaksa menghadapi kisah hitam hidupnya ketika zaman kanak-kanak apabila berada di tempat itu.

Dapatkah dia melepaskan trauma yang dihadapinya itu?

Info dan Pelakon

Kalau berdasarkan info, telefilem ini ditayangkan kali pertama pada 8 Julai 2017 dan akan disiarkan semula pada 2 Julai 2023 ini iaitu pada hari Ahad.

Slot tayangan kad raya dalam kolong ini pula adalah di saluran astro citra dan merupakan karya arahan khir rahman serta skripnya ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim.

Antara pelkon yang terlibat adalah;

  • Ungku Ismail Aziz

  • Nik Adam Mika

  • Elaine Daly

  • Liza Rafar

  • Azad Jazmin

  • Zazly Baginda

  • Yusri Saleh

Review

Kami tulis review untuk cerita kad raya dalam kolong ini sebabnya kami dah tengok cerita ni dulu. Aku juga boleh simpulkan yang banyak elemen kekeluargaan di titik beratkan dalam telefilem ini. Jadi korang tak rasa janggal sangat bila menonton.

Cumanya elemen trauma sangat kuat sehingga memberi kesan kepada penonton. Kita pula rasa sampai ke lubuk hati bila tengok cerita ni.

Baiklah, kalau korang belum tengok. boleh tonton semula ceria ini di saluran Astro Citra hujung minggu nanti ya. Selamat menonton!


Previous Post Next Post