Imam Terawih University Oxford Dari Malaysia

 Imam Terawih University Oxford Dari Malaysia. Bulan ramadhan yang bakal menjelma nanti, sudah pasti ibadah solat terawih akan dilaksanakan di seluruh dunia. Begitu juga peranan imam terawih yang akan mengemudi solat tersebut juga penting untuk dinilai dan diketahui.


Imam Terawih University Oxford Dari Malaysia


Imam Terawih University Oxford Dari Malaysia

Menurut laman web berita harian,seorang rakyat malaysia telah dipilih untuk mengemudi solat terawih di Universiti Oxford UK sepanjang bulan ramadhan.

Beliau adalah Dr Amru Al Haz Adnan. Beliau juga merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Negeri Sembilan, Dr Amru Al Haz Adnan.


Amru adalah bekas Imam Besar Masjid Negara yang mendapat pendidikan di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

Amru juga adalah lulusan ijazah sarjana muda Universiti Al Azhar, Mesir dan Universiti Malaya (UM) peringkat Ijazah Sarjana serta Doktor Falsafah, pernah menjadi pensyarah di Darul Quran.



Katanya, selain memimpin solat Tarawih, beliau juga diminta untuk menjadi tenaga pengajar asas tahfiz al-Quran di universiti berkenaan.


"Program penghantaran imam Ramadan dan Aidilfitri ini diadakan menerusi kerjasama JAKIM dan Pusat Islam Oxford hasil inisiatif dan persetujuan bersama felo Pusat Pengajian Islam Oxford, Datuk Dr Afifi Al Akiti merangkap Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Negeri Perak.


"Program ini adalah satu pencapaian dan pengiktirafan universiti terbaik dunia kepada JAKIM dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di peringkat antarabangsa," katanya menerusi Facebook rasmi JAKIM ketika mengucapkan selamat berlepas kepada Amru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Previous Post Next Post