Sinopsis Drama Legal Wives (TV3)

Sinopsis Drama Legal Wives (TV3). AKU SUKA! selalunya kalau balik dari kerja jer, mesti layan drama dari Filipina ini. Bukan apa, jarang tengok lakonan mantap dan jalan cerita yang menarik dalam drama filipina macam ni. hehe. Drama ini ditayangkan disaluran TV3 pada jam 6 petang sehingga 7 malam. Kalau korang layan drama ni, mesti nak tahu pengakhiran dan sinopsis drama legal wives ni kan. Jadi, tunggu apa lagi!! jom sambung baca yer!  


Sinopsis Drama Legal Wives (TV3)

Jom join group fb >> Kaki Drama < untuk info drama terbaru !

Sinopsis Drama Legal Wives (TV3)

Bagi yang tak tahu, sinopsis drama legal wives ini mengisahkan tentang kisah cinta ismael dan Diane. Mereka saling mencintai dan telah nekad melangsungkan perkahwinan mereka.

Tapi masalahnya adalah mereka berbeza agama. Keluarga Ismael tidak tahu yang mereka sudah berkahwin, jadi mereka mahu jodohkan Ismael dengan perempuan lain.

Diane pula bukan beragama Islam, Dia menganut agama kristian jadi dia sukar memahami mengenai poligami. Jadi Ismael pula berjanji akan setia dengan Diane tetapi Diane mula sangsi dengan suaminya itu.

Ismael berasal daripada keluarga kaya dari keturunan muslim Mindanao dan seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapanya. 

Perasaan Diane memang betul, Atas permintaan keluarga Ismael, Ismael berkahwin dengan Amirah yang merupakan bekas isteri abangnya.

Bukan setakat seorang isteri si Ismael ni, Lepas tu ada kawannya meminta dia berkahwin dengan seorang gadis bernama Farah atas sebab nak jaga maruah perempuan itu. Ismael hanya menuruti permintaan kawan lamanya itu.

Persoalannya sekarang, Bagaimana Ismael dapat hidup dengan 3 orang yang berbeza dan mempunyai latar belakang yang berlainan?

Bagaimana pula dengan perasaan 3 isteri Ismael terhadap layanan yang diberikan kepada mereka? Kalau nak tahu, kenalah tengok dekat TV3 !

INFO DRAMA LEGAL WIVES

drama ini telah mula ditayangkan sejak 2 Februari 2022 lagi dan bagi yang tak tahu, drama ini diarahkan oleh Zig Dulay dan skripnya pula ditulis oleh Suzette Doctolero.

Cerita ini ada 80 episod dan dibintangi oleh pelakon filipina seperti  Dennis Trillo, Alice Dixson, Andrea Torres, Bianca Umali, Cherie Gil,  Derrick Monasterio, Ashley Ortega, Al Taytay dan Kevin Santos.

Akhir sekali, lepas balik kerja, korang layan lah drama ni. best tau! Selamat menonton!


Previous Post Next Post