Drama Kerana Dia Suka Episod 10

Drama Kerana Dia Suka Episod 10. Macam aku cakap sebelum ni, aku memang layan drama ni kan. Wardina terpaksa balik kerana Sufian datang rumah. Kata Sufian dia rindu dengan Wardina. Wardina terpaksalah keluar juga sekejap. Sufian suruh dia tunggu dan dia akan ceraikan Aida.  Wardina malas nak melayan. Aida dan Sufian bergaduh lagi kerana Aida cemburu tengok Sufian balik lambat. Lagi satu kerana dia syak Sufian berjumpa dengan Wardina. 


Drama Kerana Dia Suka Episod 10


Drama Kerana Dia Suka Episod 10. 

Drama 20 episod ini ditayangkan pada setiap hari rabu hingga sabtu pada jam 9  malam di TV3. Jika korang terlepas, boleh layan semula di saluran penstriman Disney+ Hotstar yer.

Untuk sinopsis drama kerana dia suka ini, kita mula dengan perkenalan Idham dan Wardina secara tak sengaja ketika mereka pergi bercuti di Langkawi.

Kedua-dua mereka sudah mempunyai tunang masing-masing tetapi tunang mereka buat hal. Tunang Si Idham pula dah ada lelaki lain dibelakang Idham. Manakala sufian tunang kepada wardina pula ditangkap khalwat dengan kawan sekampung mereka.

Tonton drama kerana dia suka episod 10

Jom join group fb >> Kaki Drama < untuk info drama terbaru !

Selepas peristiwa hitam itulah membawa Wardina ke langkawi dan secara tidak sengaja berlaku sebuah insiden pertemuannya dengan Idham.

Mereka juga kebetulan tinggal di tempat penginapan yang sama dan kerap berjumpa setelah itu. Lama kelamaan, mereka mula mengenal hati budi masing-masing.

Wardina terkejut apabila idham bagi tahu yang dia sudah bertunang. Wardina memang tak suka rampas hak orang tetapi idham masih nak berkawan dengan Wardina.

Sehingga sampai satu tahap, Idham kata dia nak putus tunang dengan tunangnya itu. Wardina lega tetapi pada masa yang sama pelik kenapa idham buat macam tu.

Bagaimanakah pengakhiran drama ni nanti? Kalau nak tahu, kenalah tengok di TV3 ! 


Previous Post Next Post