Biodata Wan Raja, Pelakon Drama Dendam Seorang Isteri

Biodata Wan Raja, Pelakon Drama Dendam Seorang Isteri dan Suami Yaya Maembong! Kalau sembang dengan orang penang, mesti depa tahu nama Wan Raja. Tapi kena pastikanlah depa tengok drama melayu kan. Nama pelakon ini sangat sinonim dengan negeri pulau pinang kerana sering menggunakan loghat negeri kelahirnnyaitu. Terbaru dia membintangi drama dendam seorang isteri tau. Fuhh siapa dia ni? jom kita baca biodata wan raja di bawah ini.


Biodata Wan Raja, Pelakon Drama Dendam Seorang Isteri


Biodata Wan Raja, Pelakon Drama Dendam Seorang Isteri

Dalam biodata wan raja kali ini, kami nak kongsikan nama penuh dia adalah Saiful Redzuan bin Abu Bakar. Dia dilahirkan pada 12 Februari 1978 ini merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Wan Raja dilahirkan di Pulau Pinang dan berkahwin dengan Yaya Maembong iaitu kakak kepada emma dan chacha maembong. 

Instagram : Instagram wan raja.

Drama, Telefilem dan Filem Wan Raja.

Wan Raja memulakan koleksi karya filem nya  dengan filem Sifu & Tongga (2009), 2 Hati, Satu Jiwa (2010), ...Dalam Botol Ghaus (2011), Balun Utara (2017) dan Makrifat Cinta, KL Special Force (2018).

Selain itu, pada tahun 2019, raja membintangi filem Kolong Hairi dan terbaru pada tahun 2021, filem Tuju Tuju The Movie

Untuk drama pula, jom kita tengok senarai dibawah.

2010 Spa Qistina, Pasukan Gerakan Marin, Bisikan Arwah dan Rias Mutiara.

2011 Metafora.

2012 Mak Lang Datang Kompang Bergendang dan Bukan Bidadari.

2013 Tanah Merah, Love You Mr. Arrogant dan Roda-Roda Kuala Lumpur (Musim 5).

2014 Diari 3G, Maharani dan Bukan Kerana Aku Tak Cinta Jiwa.

2015 Teman Lelaki Upahan, Janda Muslimah, Silir Kasih dan Komando 69 Pasukan Gerakan Khas.

2016 Kelas Sebelah (Musim 3), Tundukkan Playboy Itu, Assalamualaikum Cinta dan Gerak Khas (Musim 16).

2017 Gerak Khas (Musim 17), Dia Bidadariku, Alahai Cucu Atuk dan Anak Merdeka.

2018 Izinkan Aku Menyintaimu dan drama Matahari Cerah Lagi.

2019 Setelah Cinta Itu Pergi, Devoted dan Gerak Khas (Musim 19).

2020 Jaman Tori, Kampong Pisang Bersiri-siri.

2021 Gerak Khas (Musim 20), Sis Stars Hotel, Scammer, Cik Ayu Mee Sanggul dan I-Tanggang: Mother of All Lies.

2022 Shakira dan drama Dendam Seorang Isteri.

masa aku nak tulis biodata wan raja ni, terkejut aku! sebab banyak karya lakonan dia yang sudah ditayangkan sejak tahun  2010 lagi rupanya.

Telefilem pula,

2009 Kasih dan Anak Mamak Menantu Mami

2010 Disklesia

2011 Dalca Mami Geogertown, Waris Songsang, Shah Rukh Khan Datang Kampung dan Lailatul Qadar.

2012 Setitis Hidayah

2013 Yaasin Terakhir, Chombee Anak Mamu, Pasport Duniawi

2014 Hantaran

2015 Boleh Diam Tak?, Sesejuk Cocunat Shake

Kalimah Di Birai Sejadah, Sebelum Takbir Bergema, Sirat Al Mustaqim

2016 Berebut Kasih, Duit Kahwin, Wira Insan

2017 Gelap Yang Terang, Kalut Nak Raya, Airis

2018 Cerita Dari Dinding

2019 Matahari

itu sahaja perkongsian mengenai biodata wan raja ini.

Akhir sekali, kita doakan bakat wan raja akan terus diiktiraf kerana bakat yang dia ada sekarang ini sangat lain dari yang lain. Lakonannya sentiasa nampak realistik tau.

Sekian.

Previous Post Next Post