Lia Aziz Peserta Kedua Tersingkir Dari Big Stage 2022

Lia Aziz Peserta Kedua Tersingkir Dari Big Stage 2022. Serius semalam betul-betul tak sangka bila tengok lia aziz tersingkir dari big stage 2022. Mana taknya, markah dia pun bukan paling bawah sekali. Maksud aku markah juri. Tetapi dia kalah kerana undian peminat yang kurang.




Lia Aziz Peserta Kedua Tersingkir Dari Big Stage 2022

Lia Aziz Peserta Kedua Tersingkir Dari Big Stage 2022


Lia terpaksa akur untuk menamatkan saingannya dalam big stage 2022 ini. Lia mendapat markah sebanyak 55% gagal meneruskan perjuangan pada minggu keempat yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

Lia Aziz yang menyanyikan lagu Kisah Hati nyanyian asal Datin Alyah gagal memuaskan hati juri.

“Awak ada potensi, kena tunjuk lebih lagi something special” begitu kata Han Byul selaku Juri Juara.

Aisha Retno pula menjadi bintang yang menjuarai konsert mingguan kedua dengan markah sebanyak 82%.

Para peserta akan kembali beraksi dalam konsert minggu keempat nanti pada hari Ahad ini bersama dengan tugasan lagu-lagu GO viral yang telah diberikan.

Semoga berjaya buat baki peserta yang masih tinggal.

Previous Post Next Post