Telefilem Pak Dogo (Astro Citra)

Telefilem Pak Dogo (Astro Citra). Ini merupakan sebuah karya arahan Sabri Yunus dan pernah ditayangkan buat kali pertama pada 20 Jun 2020 yang lalu. Untuk tahun 2022 pula, cerita ini akan ditayangkan semula di saluran yang sama iaitu Astro Citra. Antara pelakon utama dalam telefilem ini adalah Asrulfaizal Kamaruzaman dan Raysha Rizrose. Macam mana agaknya jalan cerita telefilem pak dogo ini ya? ayuh sambung baca di bawah ini.


Telefilem Pak Dogo (Astro Citra)


Telefilem Pak Dogo (Astro Citra)

Cerita ini mengetengahkan budaya masyarakat kelantan yang gemar dengan wayang kulit. Sinopsis telefilem pak dogo ini mengisahkan tentang Koya yang merupakan seorang pemuda kampung.

Dia sangat cintakan wayang kulit dan menjadi tok dalang muda di kampung nya. Koya meminati dengan seorang gadis bernama Salmi yang menjadi rebutan ramai lelaki di sana.

Setelah Salmi mula suka dengan Koya, banyak kejadian aneh berlaku dan begitu juga dengan gangguang hantu terhadapnya.

Adakah dugaan ini akan membolak balikkan cinta Salmi dekat Koya? Kalau nak tahu, kenalah tengok full telefilem pada jumaat ini tau.

Untuk kaki telefilem!!

Jom join group fb >> Kaki telefilem << untuk tengok drama terkini!

Info Telefilem.

Macam aku cakap tadi, telefilem ini akan ditayangkan semula pada hari jumaat, 25 Februari 2022. Untuk tarikh tayangan pertama dulu, ia ditayangkan pada hari Sabtu jam 9 malam pada tarikh 20 jun 2020.

Saluran tayangan masih sama iaitu di saluran Astro Citra dan Citra HD. Antara pelakon yang terlibat dalam cerita ini adalah Asrulfaizal Kamaruzaman, Raysha Rizrose, Sabri Yunus, Along Eyzendy dan Saidi Sabri.

Jangan lupa tonton semula telefilem menarik ini ya! 

Previous Post Next Post