“Kamu Bukan Dilahirkan Sebagai Penyanyi” - Komen Ajai Untuk Iqbal.

“Kamu Bukan Dilahirkan Sebagai Penyanyi” - Komen Ajai Untuk Iqbal. Semalam kita telah menyaksikan peserta iqbal telah di singkirkan dari konsert bigstage selepas mendapat markah terendah berbanding peserta lain. Iqbal juga menerima komen pedas dari juri, ajai mengatakan yang Iqbal bukan dilahirkan sebagai penyanyi. 

Ajai berkata, bakat bukanlah satu hal yang boleh dibeli, sebaliknya ia merupakan satu pemberian daripada Allah SWT.


“Kamu Bukan Dilahirkan Sebagai Penyanyi” - Komen Ajai Untuk Iqbal.


“Kamu tidak berbakat dalam bidang nyanyian. Bakat itu pemberian Allah SWT. Straight to the point, kalau kamu berduit macam mana pun, bakat tidak akan boleh dibeli.

“Kamu kena terima kenyataan yang kamu bukan dilahirkan sebagai penyanyi. Hari ini saya beri markah sebanyak 4 kerana tempo kamu berterabur,” katanya ketika memberi komen terhadap persembahan Iqbal.

“It will take time, Iqbal. Dalam nyanyian, kita tidak boleh belajar selama tiga hari. Ada orang memerlukan bertahun-tahun untuk bergelar penyanyi.

“Saya tak suka awak dijadikan bahan lawak. Awak perlu jaga maruah awak,” katanya lagi.

Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan oleh Matta Band menerima empat markah daripada Ajai, 20 markah daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan 10 markah daripada Aina Abdul.

sumber : Astro Gempak .

Previous Post Next Post