Sinopsis Filem London Love Story (Filem Indonesia 2016)

Sinopsis Filem London Love Story (Filem Indonesia 2016). Sebenarnya, filem ini akan disiarkan semula di slot Astro Citra pada hari Sabtu ini. Jadi aku ambil keputusan untuk tulis sinopsis cerita untuk korang. Bagi yang tak tahu, Filem ini merupakan filem yang berasal dari Indonesia dan telah di tayangkan pada tahun 2016 yang lalu. Macam mana eh jalan cerita dia? jom baca sinopsis filem london love story di bawah ini.

Sinopsis Filem London Love Story (Filem Indonesia 2016)


Sinopsis Filem London Love Story

Mungkin korang dah pernah tengok cerita ini, aku nak kongsikan sinopsis filem london love story ini mengisahkan tentang jejaka bernama Dave . Satu hari dia sangat sedih karena wanita yang dicintainya meninggalkannya tanpa penjelasan. 

Namun, setelah dia berjumpa dengan Adele, hidupanya berubah. Kebetulan gadis itu juga hampir bunuh diri kerana kekecewaan.

Pada masa yang sama, Caramel mula mempunyai perasaan terhadap jejak bernama bima. Kisah 4 orang ini disatukan dan kehidupan percintaan mereka tidak seindah yang di sangka.

Bagaimana kesudahan cerita cinta mereka? sama-sama kita saksikan.

Untuk kaki telefilem!!

Jom join group fb >> Kaki telefilem << untuk tengok drama terkini!

** Filem ini juga telah memasuki 3 secual tau. maksudnya dah ada siri 2 dan 3. nanti aku kemaskini lain untuk korang ya.

INFO Filem London Love Story.

Kalau kita tengok tajuk pun kita dah tahu yang genre filem ini adalah percintaan. Filem ini diarahkan oleh Asep Kusdinar dan skripnya ditulis oleh Sukhdev Singh dan Tisa TS. 

Hanya berdurasi 90 minit, filem ini dilakonkan oleh pelakon hebat indonesia seperti Dimas Anggara, Michelle Ziudith dan Dion Wiyoko.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Adila Fitri, Yunita Siregar, Ramzi, Aron Ashab, Ina Marika dan Irene Librawati. 

Tarikh tayangannya di pawagam adalah pada 4 Februari 2016.

Dalam filem ini, Michelle Ziudith melakonkan watak sebagai Caramel. Manakala Dimas Anggara sebagai Dave.

Pelakon Dion Wiyoko pula membawa watak sebagai Bima dan Adila Fitri sebagai Adelle. Kita juga ada pelakon Yunita Siregar yang melakonkan watak sebagai Dinda.

Tak sabar nak tengok tayangan  dia di Astro Citra. Tapi kalau korang terlepas, korang boleh tonton secara online di saluran yang telah disediakan.

Selamat menonton.

Previous Post Next Post