Biodata Afieq Shazwan, Pelakon Drama Diari Seorang Suami 2021

Hai semua, hari ini aku nak kongsikan mengenai Biodata Afieq Shazwan yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon terkenal tanah air. lamanya aku tak kongsi biodata artis kan. hehe  Stay tuned! 

Siapa yang tak kenal dengan Afieq ni kan. tambah-tambah dengan lagu dia yang telah viral sebelum ini. Lelaki di telefon yang banyak mengankat nama Afieq dalam dunia seni. Yang terbaru, afieq berduet dengan Tajul untuk sebuah lagi karya terbaru iaitu Lagu Malam semakin Dingin. Setakat ini, lagu tersebut telah mencapai jumlah tonton sebanyak 11 juta lebih tau! Terbaiklah afieq! berikut merupakan Biodata Afieq Shazwan untuk anda.


Biodata Afieq Shazwan, Pelakon Drama Diari Seorang Suami 2021


Biodata Afieq Shazwan

Disebabkan afieq akan muncul dalam drama terbaru iaitu diari seorang suami, jadi kami ambil keputusan untuk kongsikan Biodata Afieq Shazwan ini untuk para peminat dan juga penonton drama tersebut.

Nama Penuh Afieq adalah Muhammad Shafieq Shazwan Zamros. Kita kenal dia dengan gelaran Afieq shazwan jer. Afieq dilahirkan pada 5 september 1997 di Kampung JAWA, Selangor Darul Ehsan. 

Social media afieq : Instagram afieq

Kalau nak sebut kerjaya ni, rasanya dah banyak bidang afieq ceburi dan aku boleh cakap kerjaya dia sekarang ini adalah seorang penyanyi, pelakon dan juga pengacara.

Kenapa aku sebut macam tu? 

Ini kisah Afieq untuk anda. Dia bermula pada tahun 2008 apabila dia menyertai rancangan idola kecil yang pertama. Masa  ini Idola kecil ditayangkan di TV9. Rezeki dia, akhirnya dia layak ke final.

Selepas itu, dia menyertai rancangan realiti Pentas Mystarz Oolala dan masa ni pun Afieq berjaya mara ke final.

Ada cerita lebih menarik sebenarnya. Bakat afiqe ini berjaya dihidu oleh pencari bakat sehinggakan dia di tawarkan watak sebagai Tun Mahathir ketika zaman muda dalam theater Tun Mahathir 1 dan Tun Mahathir 2. Dia terima tawaran itu dan berjaya membawa watak tersebut dengan baik.

Sejak itu, dia juga menerima berlakon dalam drama tempatan seperti Idola kecil cindarella sotries, idola kecil the series, dunia eicak, elly dan epit dan drama Miss kapten cikgu waiz

Selepas itu, korang ingat tak fenomena Big Stage musim pertama pada tahun 2017 haritu?  Afieq merupakan salah seorang peserta dalam rancangan realiti tersebut dan berjaya mara ke final.

Dari situ, dia berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan dan membawa pulang duit sebanyak RM 50k + 25 k dan juga trofi pertandingan. Fuhh rezeki dia kan.

Sejak itu jugalah nama afieq menjadi sebutan ramai dan terus dihargai bakat nyanyiannya. Terbaru afieq akan keluar dalam drama di tv 3 pula.

Jangan lupa untuk saksikan drama diari seorang suami yang akan ditayangkan tidak lama lagi.


Previous Post Next Post