Biodata Yuna Rahim, Pelakon Drama Diari Seorang Suami (2021)

Biodata Yuna Rahim. Baru-baru ini aku ada kongsikan mengenai biodata Afieq Shazwan betul tak? Sebenarnya ada kena mengena juga dengan Yuna ni. Mereka bakal digandingkan dalam sebuah drama iaitu drama diari seorang suami. Korang kenal tak siapa yuna rahim ni? mestilah kenal kan. hehe buat yang ingat-ingat lupa tu, Yuna rahim ni pernah membintangi drama sweet dreams dengan Mira Filzah tu. Jadi kali ini aku nak kongsikan Biodata Yuna Rahim, Pelakon Drama Diari Seorang Suami (2021) untuk bacaan anda.

Biodata Yuna Rahim, Pelakon Drama Diari Seorang Suami (2021)


Biodata Yuna Rahim


Sejujurnya aku mula kenal dengan yuna ni sejak drama sweet dreams. watak sebagai adik kepada mira filzah sangat menjadi dan lakonan dia ketika itu sangat baik.

Kini namanya semakin meningkat naik jadi jom kita baca biodata yuna rahim di bawah.

Nama penuh yuna rahim adalah Shafiqah Husna binti Abd Rahim. Dia berasal dari Pulau Pinang dan lahir pada 26 April 1995.Kini dia dah berusia 26 tahun.

Sebelum menjadi terkenal, yuna bermula dalam dunia lakonan ketika membintangi siri oh my english level up. masa tu dia bawa watak sebagai Amelia.

Social media : Instagram Yuna Rahim

Ada juga beberapa drama dan telefilem di bintangi oleh Yuna seperti Toyol, Rasuk dan Kasut dan lain-lain lagi.

Selepas dari drama sweet dreams, drama terbaru lakonan Yuna Rahim adalah Drama Diari Seorang Suami. Tak sabar pula nak tengok karya terbaru lakonan Yuna ni kan.

Ada dua fakta menarik yang mungkin anda terlepas pandang. Yuna merupakan pemilik diploma seni hiburan daripada  KDU Colledge University tau. Patutlah nampak macam budak pandai jer. hehe.

Yang kedua, dia mula minat berlakon ni sejak dari zaman universiti lagi. Dah belajar pasal seni, pastinya akan disalurkan kepada bahagian seni juga. Cuma ini seni lakonan lah kan.

Semoga berjaya buat Yuna Rahim dalam dunia seni ini. Pasti bakat lakonannya akan lebih dihargai pada masa akan datang.


Previous Post Next Post