Perginya Seorang Presiden Negara yang digeruni Musuh Islam.

Pagi ini dapat perkhabaran yang menyedihkan, apabila mendengar berita tentang pemergian seorang presiden yang dipilih rakyat iaitu Presiden Morsi telah meninggal dunia.

Beliau dilaporkan meninggal dunia ketika perbicaraan kes melibatkan beliau di Mahkamah semalam.

Beliau merupakan presiden pertama yang menamatkan dominasi Husni Mubarak sebagai Perdana Menteri Mesir. Beliau juga merupakan Perdana Menteri Pertama yang dipilih dari parti Ikhwanul Muslimin.

Oleh kerana kehebatan dan ketegasan yang beliau miliki, musuh-musuh Islam mula risau dan takut. Selepas hanya setahun memerintah, Dr. Morsi di jatuhkan oleh kudeta yang diketuai oleh Sisi yang merupakan jeneral tentera Mesir.

dr. Mursi meninggal dunia

Simbul 4 jari menjadi saksi, rakyat dan dunia Islam bersama beliau. Sampai sekarang, nama ' presiden mursi ' masih lekat dalam ingatan pejuang-pejuang Islam di bumi Mesir dan dunia.

Aku pernah duduk di Mesir waktu pemerintahan Mursi. Memang satu pengalaman yang menarik. Setahun yang penuh tenang dan tenteram.

Selepas berlaku rampasan kuasa, Mesir sudah tidak tenang seperti dulu. Pergerakan makin terbatas di sebalik kebebasan bergerak yang kita lihat.

Walaupun Ikhwanul Muslim telah diharamkan oleh Kerajaan Mesir, aku yakin ! mereka tetap ada disana.

Semoga rakyat Mesir kembali memilih presiden yang lebih baik selepas ini. Damailah Dr Morsi, anda sentiasa menjadi presiden kami.

Al-fatihah.

Previous Post Next Post