Musim Durian 2019 di Pulau Pinang Kini Kembali

Bila bulan Jun tiba, pasti penggemar-penggemar durian tak sabar menanti kedatangan musim durian yang selalunya berlaku sekali dalam setahun. Di Pulau Pinang, Musim durian 2019 sudah pun bermula sejak hari raya pertama baru ini.

Setiap hari ada pelbagai jenis durian yang dijual ditepi-tepi jalan di sekitar pulau pinang terutamanya di daerah Balik Pulau. Katanya durian balik pulau ni sedap. Aku tak tahu rasa durian sebab aku tak makan durian. hehe

YER, DEPA PUN CAKAP MACAM TU.

" kalau tak makan durian, tak boleh jadi orang Penang".

hahaha, tapi ada aku kesah. ramai tau cakap macam tu. hehe
Takpalah, lebih makan KFC dari makan Durian. hehe

Musim Durian 2019 di Pulau Pinang

** gambar sumber facebook.

Musim Durian Pulau Pinang selalunya bertahan selama 3 atau 4 bulan. Buah durian yang elok pula selalunya akan keluar pada awal musim. Jadi waktu-waktu sekarang ni kalau korang datang ke sini, memang banyak gila buah-buah durian yang elok dan fresh.

Keunikkan buah di sini adalah ia berasal daripada Balik Pulau sendiri. Bukan durian perak atau dari negeri-negeri lain. Memang kualiti dia memang terbaiklah.

Harga durian pulau pinang sejak dua tiga menjak ni adalah paling murah boleh dapat dalam RM 10 sekilo. Dulu, orang sini jual selonggok sekali gus, tapi sekarang dah ubah jadi timbang kilo pula.

Baca juga : Durian Bakar Viral.

Lagi mahal lah kan. Tapi korang akan still makan juga kan. hehe

Ikut gred juga sebenarnya, kalau durian kampung biasa selalunya rm 10 sekilo, Musang King sekilo RM 30- RM 40 dan durian kawin di pulau pinang selalunya harga dalam RM 15 sekilo.

Korang yang pandai makan durian, mai lah sini. Aku tak pandai sebab aku tak makan. hehe aku tolong belikan jer untuk mak dengan adik-adik aku.

Depa nak makan. Kalau salah beli tu nasib ler.. hahaha

Aku nak tahu juga, korang suka makan durian jenis apa? Jom komen dekat bawah yer. Nanti aku baca.

Terima kasih.

Previous Post Next Post