Biodata Fendy Bakry Pelakon Drama Cinta Belum Tamat Tempoh

Biodata Fendy Bakry Pelakon Drama Cinta Belum Tamat Tempoh. Fendy pernah menjadi pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu. Korang kenal ke siapa fendy bakry ni? Sebenarnya, dia merupakan pelakon baru dan dia juga merupakan bekas peserta hero remaja 2012. Fendy mula berlakon sejak beberapa tahun dahulu dan menjadi pelakon utama dalam drama Mr. Grey .

Sejak dari itu, namanya mula menjadi perhatian umum.  Aku pun baru kenal dia dari drama tu. hehe

Sejujurnya lakonan dia pun baik dan tak nampak kayu lah. hehe Mungkin selepas ini, bakat dia akan lebih berkembang dari masa ke semasa.

Satu fakta mengenai Fendy ni adalah dia telah berlakon dalam 10 drama dan 2 filem tau ! Banyak kali dah rupanya dia berlakon.

Biodata Pelakon Fendy Bakry 

Biodata Fendy Bakry
Biodata Fendy Bakry


Nama Penuh :Mohd Affandi Nor Bakri
Nama Artis : Fendy Bakri
Umur : 30
Tarikh Lahir:
Asal : Perlis

Instagram : Ig Fendy Bakry

Kemaskini September 2019: Fendy akan muncul dalam drama dalam Slot Megadrama di Astro Ria iaitu drama cinta belum tamat tempoh bersama dengan pelakon Nafiz Muaz dan Bella Astillah.

Sebenarnya, Fendy ni satu batch dengan Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Saharul Ridzwan dalam hero remaja tau. Tapi mereka lagi cepat masuk dalam industri lakonan berbanding dia.

tapi tak palah kan, sekarang ni bakat dia telah  di iktiraf oleh pengarah tempatan.
Sebab tu dia dapat jadi watak utama dalam drama baru bertajuk Kan Kukejar Cinta Kamu ni.

Sebelum ini, Dia juga dilaporkan tidak berapa sihat dan memerlukan dia berehat agak lama. Kalau korang pernah baca kisah pasal Fendy ni, mesti korang rasa sedih dengan apa yang dialaminya.

Fendy Bakry Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu


Alhamdulillah, dia dah kembali sihat dan kembali aktif dalam dunia lakonan sekarang ni. Syukur bila dengar dia dah sihat.

Semoga dia terus sihat dan dapat mencapai impian dia dalam dunia seni ni.

semoga Fendy murah rezeki dan dipermudahkan urusan mereka insyaallah .
kongsikan entri biodata fendy bakry ini dengan rakan-rakan lain tau !

Previous Post Next Post