Recents in Beach

Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu ( Astro )

Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu ( Astro ). Drama ini sebenarnya baru saja ditayangkan di Astro Ria. Ramai yang nak tengok drama ini kerana dibintangi oleh pelakon Fendy Bakri kan. hehe

Selain fendi, Amyra Rosli juga merupakan watak utama dalam drama ini. Senarai pelakon drama kukejar cinta kamu yang lain adalah seperti Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, RJ, Husna Mustaffa, Oktovia Manrose dan Fadzilah Mansor

INFO DRAMA KAN KU KEJAR CINTA KAMU


👉 Bil Episod : 28 episod
👉 Tarikh Mula Tayangan : 17 Disember 2018
👉 Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, 10:00 malam
👉 Saluran Tayangan : Astro Ria 104 & Ria HD 123

Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu ( Astro )


Untuk pengetahuan anda, drama ini menggantikan drama Isteri Bukan Untuk DiSewa yang telah tamat siaran kesemua episodnya pada minggu lepas.

SINOPSIS DRAMA KAN KUKEJAR CINTA KAMU


Drama ini mengisahkan tentang Raiyan( Fendy) dan Alma ( Amyra ). Mereka berkenalan ketika masing-masing belajar di luar negara. Sebelum pulang, mereka telah berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Malang tidak berbau. Raiyan kemalangan setelah pulang ke Malaysia. Dia hilang ingatan dan tidak ingat apa yang telah berlaku sebelum ini.

Alma pula cuba untuk mendekati raiyan.

Nenek Raiyan tidak sukakan alma dan keluarganya. Jadi, Dia terus menghilangkan alma dari ingatan raiyan walaupun dia tahu yang alma adalah isteri raiyan.

Sinopis Drama Kan Kukejar Cinta Kamu.


Keadaan bertambah rumit apabila ayah Alma meminta Alma berkahwin dengan pilihan keluarga. Rahsia masih belum terbongkar.

Adakah Raiyan akan mendapatkan semula Alma dan Alma juga dapat semula Raiyan ?

kalau nak tahu, anda kena tonton drama kan kukejar cinta kamu yang ditayangkan di Astro Ria.
.

Post a Comment

0 Comments