Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama My Coffee Prince ( Malaysia ) [ 2017 ]

My Coffee Prince merupakan drama baru yang ditayangkan di astro. Antara pelakon yang terlibat adalah Fattah Amin dan Janna Nick sebagai gandingan utama. drama my coffee prince ini merupakan drama yang menggantikan drama red velvet sebelum ini.

 ' Senarai Pelakon Drama My Coffee Prince '

Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Isma Daniel, Mohamad Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari, Roy Azman

 Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama My Coffee Prince


Sinopsis Drama My Coffee Prince.

ini sinopsis coffee prince versi malaysia tau, lebih kurang jer dengan yang korea tu.

Drama ini mengisahkan tentang seorang anak orang kaya yang dihantar ke luar negara untuk belajar mengenai bisnes management. Raikal seorang yang berketuruan orang kaya dan hidup serba serbi dalam kekayaan.

setelah pulang dari luar negara, neneknya mula menyuruhnya mencari calon isteri. oleh sebab dia tak mau layan cakap nenek dia, dia cuba menukar topik lain. namun terpaksa mengalah juga untuk menilai siapa calon isterinya.

Dani pula seorang perempuan tetapi kasar. orang cakap macam tomboi lah. dia jadi macam tu sebab dari kecil lagi dia dah hidup susah. dia kerja sebab nak sara keluarga dia. dia pun selalu terlibat dengan kerja orang lelaki.

pertemuan dia dengan raikal sewaktu di appartment raikal merubah segala-galanya. dia dituduh  menolong kawan dia untuk meragut beg kawan raikal. tetapi sebenarnya dia tak berbuat macam tu pun.

kesian dani.

setelah nampak macam raikal tak ada kerja. nenek raikal lakonan ellie suriati menyuruh dia menguruskan kafe kopi. nak tak nak dia terpaksa menguruskannya kalau tidak nenek dia akan ingatkan pasal kawin.

dani pula memohon kerja di kedai tersebut. mulanya raikal hanya nak orang lelaki sahaja jadi pekerja, disebabkan dia menyangka yang dani ni lelaki , jadi dia diterima.

agaknya apa yang berlaku selepas ini ? korang kena tengok di astro ria tau. rugi tak tengok. aku dah tengok episod pertama, memang best.

info berkaitan drama my coffee prince 

Drama My Coffee Prince


Bilangan Episod : 28 episod
Tarikh mula tayangan : 27 November 2017
Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, 10.00 malam
Saluran Tayangan : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
pengarah : Micheal Ang


Untuk korang yang tak tahu lagi,
drama my coffee prince ni merupakan drama adaptasi dari drama coffee prince di korea.

kalau dekat korea, coffee prince tu memang famous gila tau.
korang dah tengok ke ?

kalau belum, cuba search dekat internet ya.
aku rasa itu jer kot pasal drama My Coffee Prince ni.

selamat menonton .




Previous Post Next Post