Mee Kuah Tulang Singkir Darat, Merbok, Kedah

Assalamualaikum korang, buat apa tu ? baru ni aku singgah makan dekat restoran mee kuah tulang singkir darat yang terletak di merbok. kalau korang nak pergi tanjung dawai, korang akan lalu depan kedai ni. senang sangat nak jumpa. dengar cerita restoran ni ada resepi tersendiri. betul ke? rahsia dari utara ke ni?

apa menu yang best dekat sini?
aku kenal restoran ni pun sebab mak aku terbaca dekat mana tah.
memang tempat makan viral di negeri kedah ni tau.



mee kuah sedap di kedah
terliur tengok gambar mee kuah ni. hehe


jadi kami pun cubalah.
sebelum-sebelum ni memang lalu depan kedai ni sebab nak makan dekat tanjung dawai. sana pun sedap juga makanan laut dekat situ.

tapi kali ni, kami ubah selera, nak try mee kuah tulang yang ada dekat restoran singkir darat ni.
teruja kemain tau.

restoran ini tidak seluas mana. tetapi cukup untuk menampung jumlah pengunjung dalam satu-satu masa. aku nak cerita masa aku di sini, tak ramai sangat orang. mungkin sebab dah petang atau bukan cuti sekolah kot.

' rasa sedap tak mee kuah tulang tu '

.. nak kata sedap tu boleh lah rasa dia untuk orang yang kurang gemar makan mee kuah.
lagi satu masa kami makan tu, memang panas gila kuah dia.
memang kena take time untuk sejukkan kuah.
sampai nak rasa resepi apa dia guna nak buat mee kuah ni pun tak termampu. panas sangat .

tapi

sebab lapar punya pasal.
ku bedal juga panas-panas pun.
hahaha
mee kuah merbok

adik aku pula order nasi goreng, aku rasa semulut jer. kureng sikitlah bagi aku rasa dia. tak rasa macam sedap. tak taulah sebab apa. korang rasalah sendiri bila datang dekat sini. hehe

..resepi rahsia buat mee kuah? ini jangan tanya aku, kalau untuk mee kuah tulang yang aku makan ni aku boleh cakap yang kuah dia memang 'kick ' kebabom , mavelous. yummy , yeppi ammah. hahaha semua keluar kan.

sedap sangat kuah dia.
dia guna air rebusan daging untuk di jadikan kuah.
memang power.
ini rupanya resepi mee tulang utara. hehe

yang kedua, yang best nya adalah daging dia.
walaupun minta tulang, tapi masih ada daging yang lembut di tepi tulang tu.
memang sedap. makan daging pun senang jer. tak keras langsung.

orang yang ada gigi palsu pun boleh makan. hahaha

yang ketiga, rasa mee kuah dia.
agak kurang sikit, rasa manis air rebusan daging yang kuat.
selebihnya rasa sos.

dekat sini. ada macam-macam menu ada tau.
restoran singkir darat ini menyediakan pelbagai menu.

antaranya adalah Mee Kuah, Nasi Goreng, nasi kosong dan sup tulang. sup daging ada, sup ' gear Box ' dia memang sedap. aku dah rasa dah. hehehe tapi yang ni aku take away. sampai rumah jer, terus ratah daging tu.

nasib baik tak darah tinggi.
hahaha

waktu operasi untuk restoran ini adalah bermula dari jam 12 tengah hari sampailah 12 tengah malam. hari jumaat dia tutup.

Kalau korang nak datang sini, ikut alamat ini

Restoran Mee Kuah Tulang  Singkir darat
081000 Merbok.

ataupun .. korang boleh search ' masjid singkir darat '.
restoran ni terletak selang beberapa kedai jer dari masjid ini .

mee kuah tulang

aku buka google map tadi,
direction dia macam salah jer.
jadi aku tak sharelah maps dengan korang.

sebelum ni aku dah makan dekat mee kuah mak jah dekat kuala sepitang. tapi rasa dia lain sikit dari yang ni. sebab mak jah punya dia guna makanan laut. yang ni pakai daging lembu.

pekerja dia pun semua friendly. muka ada senyum dan senang nak tanya menu dekat diorang. tahniah untuk bos sebab ada pekerja hebat macam diorang. hehe

sebagai penutup... aku boleh cadangkan korang untuk rasa sendiri makanan dekat sini. tapi yang utamanya adalah mee kuah tulang. rugi kalau korang tak rasa. lepas makan, boleh singgah di tanjung dawai pula. pekena seafood dan ikan bakar dekat sana.

fuhh rosak diet aku. hahaha

p/s : semua komen ini adalah apa yang aku alami waktu kejadian. mungkin masa korang singgah tu rasa dia dah lain kan. rasa lidah kita pun lain-lain. jadi korang kena cuba sendiri untuk rasa sendiri kesedapan dia.

أحدث أقدم