BELAJAR BUAT BLOG !

BELAJAR BUAT BLOG ! | Baru-baru ini aku ada ceritakan dekat korang mengenai kisah 8 tahun aku dengan blog aku . aku pasti korang pun dah baca pasal tu kan . Sebenarnya buat blog bukan lah satu perkara yang sukar tetapi nak kekal dengan blog itulah perkara yang susah sebenarnya . Sebabnya , apabila kita buat blog, semangat menulis itu membuak-buak , namun kita kena hati-hati sebabnya semangat itu akan hilang sikit demi sikit apabila ada banyak gangguan terhadap tujuan asal kita berblog .


BELAJAR BUAT BLOG !



Aku bukan nak menakutkan korang untuk berblog,aku hanya berkongsikan realiti yang di alami oleh blogger di luar sana. Macam mana boleh konsisten dengan blog ? ada caranya dan ia tidak juga sentiasa ada ,kadang-kadang ke laut juga . hehe

Belajar Buat Blog .

Dalam Entri kali ini aku nak kongsikan tips mudah untuk kita semua mengenai belajar cara buat blog untuk permulaan . Sebenarnya ada beberapa faktor yang perlu anda perhatikan bila anda mula-mula menulis blog . Sebagai contoh Pageview harian , tempat kita nak post entri , pembaca yang di tuju , dan matlamat menulis blog . Kita mula satu persatu ya .

1. Pageview Harian .


Untuk peringkat permulaan , kita mungkin tidak mempunyai Pageview yang banyak . Namun harus juga untuk kita pantau kerana dari pageview ,kita dapat tahu pembaca blog kita ini suka baca apa di blog kita . Apabila kita dah tahu apa yang pembaca suka, senanglah  kita nak tulis entri lepas ini . Tak perlu risau dengan istillah " entri mati tanpa pembaca " yang pernah aku sebutkan sebelum ini .

2. Tempat post Entri .

Untuk ini, istillah yang sering di gunakan oleh blogger adalah tempat ping entri blog . Dalam bahasa mudah faham ia adalah tempat kita Share entri-entri kita . Antara medium yang menjadi kesukaan blogger adalah Facebook, Google+ ,Twitter dan Instagram . Dan kesemua tempat kesukaan ini mempunyai cara yang berbeza untuk mempromosikan entri anda .

3. Pembaca yang di tuju .

Kalau anda menulis entri di blog anda hanya sekadar suka-suka atau menjadikan blog sebagai diari kehidupan anda, mungkin pembaca yang di tuju oleh anda hanyalah peminat-peminat anda sahaja. Ia berlainan jika anda membuat blog untuk berkongsi panduan dan tips kepada orang ramai . Selain itu, jika anda menggunakan medium blog untuk perniagaan anda, sepatutnya anda mesti tahu pembaca yang anda mahu entri yang di tulis sampai kepada mereka .

Sebagai contoh , Jika anda menulis blog berkaitan jualan tudung yang anda buat. Sudah pasti pembaca blog anda mesti dari kalangan pelanggan atau bakal pelanggan anda . Begitu juga dengan topik-topik lain yang anda tulis . faham kan. kenal pembaca blog melalui pageview dan anda akan lebih mudah update blog selepas ini .

4. Matlamat menulis Blog .

Sebenarnya, point yang terakhir ini merupakan sumber kekuatan kita sebagai blogger untuk menulis dan terus menulis di blog kita. Macam yang aku sebutkan di atas, adakala semangat menulis datang mencurah-curah akan tetapi ada ketika semangat tersebut seperti berada di laut dalam . Bila dah tak ada semangat, kita kena balik-balik kepada matlamat asal kita ber blog . 

Niatkan kita berblog ini ikhlas kerana Allah. Insyaallah Semangat kita kan muncul kembali . kalau kita niat pasal duit, mungkin hati kita akan lari dari matlamat asal dan seterusnya kita akan kecewa bila tidak memperolehinya .

fuuhh. panjang lebar aku berletiaq . hehe sebagai panduan untuk blogger baru atau bakal blogger , antara kunci utama kejayaan blogger dalam dunia blogger adalah Ilmu . Mereka tidak lokek ilmu dalam memberi dan belajar ilmu . itu yang aku nampak dari rakan-rakan blogger aku . Adakala ilmu yang di kongsikan itu ratusan ringgit nilainya,akan tetapi ia di kongsikan secara percuma kepada kita.

Aku nak cadangkan satu ebook belajar buat blog yang ditulis oleh saudara anuar . Ebook lengkap ini sesuai untuk anda yang bergelar blogger . macam aku tekan kan dalam entri-entri aku sebelum ini, kalau buat blog tanpa ilmu adalah satu kerugian . jadi dapatkan ilmu belajar buat blog ini sesegera mungkin . Bagaimana caranya ? klik iklan di bawah ini .




Antara isi kandungan Ebook Belajar buat blog adalah :

  • Bab 1 : Nak buat blog tentang apa?
  • Bab 2 : Langkah-langkah buat blog dengan blogspot
  • Bab 3 : SEO Nadi Kekuatan Blog
  • Bab 4 : Buat duit dengan blog
  • Bab 5 : Rahsia Buat Duit Dengan Affiliate
  • Bab 6 : Rahsia buat duit melebihi 4 angka diinternet
  • Bab 7 : Rumusan dan penutup
Semoga sedikit perkongsian aku kali ini mengenai Belajar buat blog mampu memberi kekuatan kepada kita semua yang mengaku blogger sejati. hehe tapi malas tulis entri , apa nak jadi ni ? hahaha Teruskan menulis perkara baik dalam penulisan korang di blog dan sebagai penutup pegang apa yang Saidina Ali selalu berpesan 

Penulis akan mati, yang kekal adalah penulisannya .

Terima kasih keran sudi baca entri belajar buat blog ini . Kalau anda berminat untuk join contest SEO , jom sertai contest SEO seperti gambar di bawah . Klik sahaja gambar dan baca syarat penyertaannya macam selalu . Semoga bermanfaat . Sekian .





Contest ini turut di sertai oleh

calrasepatrick.blogspot.com |nonasani.blogspot.my|missobsesi.blogspot.my|sayidahnapisah.com|mommyfiqa.com |bloggerlelaki.com |ciklapunyabelog.blogspot.my|dianarashid.com|susahsenangblogger.com|at-tarmizi.blogspot.my|myideakini.com|amirkhalis.blogspot.my|sayabukancikgu.com|messarah.blogspot.my|jangan-bukak.blogspot.my| fadzirazak.com|heroborneo.com|nikkhazami.com|misztrex.blogspot.my|ummizarra.com|infopelajar2u.com|sabreehussin.com|topseofriendly.blogspot.my|ummiseri.com|saidila.com|


15 Comments

Previous Post Next Post