HEBATNYA PERCATURAN REZEKI ALLAH !

HEBATNYA PERCATURAN REZEKI ALLAH ! | Setiap hari kita melakukan kerja dengan ikhlas di samping mengharapkan rezeki melimpah ruah akan muncul di dalam hidup kita . Kita juga sedar tanpa usaha mana mungkin rezeki akan muncul . Tetapi pernah tak kita duduk sekejap dan berfikir mengenai rezeki yang Allah berikan kepada kita ? Rezeki Allah itu sangat luas dan pelbagai .pernah tak kita rasa bersyukur apabila di kurniakan rezeki ?

Artikel Terkait : Doa Murah Rezeki

HEBATNYA PERCATURAN REZEKI ALLAH !

Satu hari , kita mengidam untuk makan sesuatu . kita baru sahaja berniat untuk pergi beli, tetapi Allah hantar orang untuk bagi kita apa yang kita nak, katanya sebagai hadiah . Pernah tak kita nak kan sesuatu tetapi Allah tak izinkan maka kita akan sentiasa tidak akan jumpa jalan untuk mendapatkannya .

Orang yang sudah berjaya mesti akan berkata " jaga hubungan dengan Allah, sebab Allah yang bagi rezeki ". Tidak di nafikan kekuatan rezeki dan sumber rezeki datangnya dari Allah . Kita sebagai makhluk hanya perlu berusaha dan melaksanakan tugasan kita sebagai makhluk dan ganjarannya akan di berikan oleh Allah. Usaha lebih akan dapat lebih . tak percaya  ? cuba buat .

Rezeki Allah kepada Hamba-hambanya adalah berbeza mengikut keupayaan hambanya. Ingat, Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu !  jadi janganlah berputus asa bila berusaha dan memohon rezeki. ingat , rezeki milik Allah dan bukan milik kita .

Apabila di kurniakan rezeki, ingatlah orang-orang yang terdekat . jangan sombong sebaliknya membantu mereka yang memerlukan. itulah antara cara menternak duit dan menjadikan rezeki kita berkat . Semoga Entri ini memberi manfaat kepada kita semua.

Sekian.

Previous Post Next Post