REZEKI ALLAH KEPADA HAMBA-HAMBANYA !

REZEKI DARI ALLAH I Bila kita bercakap mengenai Rezeki, pasti ramai yang ingin berkongsi mengenai rezeki yang mereka perolehi. rezeki boleh di kategorikan kepada beberapa jenis. Antaranya adalah Sihat tubuh badan, wang ringgit , hati yang tenang  , dipermudahkan urusan dan banyak lagi yang boleh di kategorikan sebagai rezeki.

Tetapi ada juga dari kalangan manusia yang tidak mahu mengektegorikan apa yang aku senarai itu sebagai rezeki sebaliknya mereka menganggap itu adalah hasil usaha mereka semata. wahai manusia, sedarlah ,Allah yang izinkan hang hidup di dunia ini , janganlah terlalu sombong dan bongkak untuk kaitkan Allah dengan kehidupan kita. sungguh ,kita ni tak ada apa-apa pun.
REZEKI ALLAH KEPADA HAMBA-HAMBANYA !
gambar sumber google.com

Berbalik kepada rezeki , adakala rezki itu datang tanpa di duga. Kita balik kerja, tiba-tiba dah ada rezeki di atas meja makan. adakala, rezeki datang berdasarkan usaha kita. kita pergi kerja, hujung bulan kita peroleh gaji.itu juga di kira sebagai rezeki.

Ada pula rezeki yang kita inginkan tetapi tidak dapat pada kita, tetapi dapat kepada orang yang terdekat dengan kita. Ada rezeki yang kita rasa patut untuk orang lain, tetapi Allah bagi dekat kita . Jadi,apa yang kita buat ? kita perlu kongsikan dengan orang lain. sebab itu ada istillah, hadiah, sedekah dan sebagainya .

Nampak tak betapa uniknya pembahagian rezeki Allah kepada Hamba-hambanya. Cuma kita yang menerima rezeki ni ,susah nak barsyukur bila peroleh rezeki . Bila dapat rezeki yang banyak . kita kongsikan dengan orang lain. supaya rezeki itu terus berkat dan makin banyak . teringat aku lagu Mawi dan Syamsul Yusuf yang bertajuk Kalah dalam Menang . Ada satu lirik lagu tersebut berbunyi ,

" orang kita kata nak senang kena banyak simpan duit ,
Tetapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit ,
Sedekah,Amal jariah, senyuman itu juga satu dakwah "
Kan dah termenyanyi sekali . hehe kadang-kadang rezeki Allah bagi untuk orang lain, tetapi melalui kita. hebat sungguh percaturan rezeki dari Allah . Kita doakan kita semua memperolehi rezeki yang banyak dan berkat untuk kita semua.

Sekian.



Jom like Page admin untuk info menarik !

2 comments.. read them below or add one

Alergi Alergi May 18, 2016 at 3:01 PM
Alloh sayang semua ummatNya
titan titan May 18, 2016 at 3:57 PM
Yap.

ofkos dengan usaha yang berterusan.

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)