Artikel Terkait : Doa Murah Rezeki
Satu hari , kita mengidam untuk makan sesuatu . kita baru sahaja berniat untuk pergi beli, tetapi Allah hantar orang untuk bagi kita apa yang kita nak, katanya sebagai hadiah . Pernah tak kita nak kan sesuatu tetapi Allah tak izinkan maka kita akan sentiasa tidak akan jumpa jalan untuk mendapatkannya .
Orang yang sudah berjaya mesti akan berkata " jaga hubungan dengan Allah, sebab Allah yang bagi rezeki ". Tidak di nafikan kekuatan rezeki dan sumber rezeki datangnya dari Allah . Kita sebagai makhluk hanya perlu berusaha dan melaksanakan tugasan kita sebagai makhluk dan ganjarannya akan di berikan oleh Allah. Usaha lebih akan dapat lebih . tak percaya ? cuba buat .
Rezeki Allah kepada Hamba-hambanya adalah berbeza mengikut keupayaan hambanya. Ingat, Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu ! jadi janganlah berputus asa bila berusaha dan memohon rezeki. ingat , rezeki milik Allah dan bukan milik kita .
Apabila di kurniakan rezeki, ingatlah orang-orang yang terdekat . jangan sombong sebaliknya membantu mereka yang memerlukan. itulah antara cara menternak duit dan menjadikan rezeki kita berkat . Semoga Entri ini memberi manfaat kepada kita semua.
Sekian.
Post a Comment